Bak kata Dr. Tuah Iskandar, usah jadi biasa-biasa, tapi jadilah luar biasa. Nak jadi biasa-biasa tak perlukan usaha luar biasa tapi bersedialah berakhir sebagai biasa-biasa. Setakat biasa-biasa apa nak heran, tapi kalau nak jadi luar biasa usahanya tak bolehlah biasa-biasa. Nampak tu. Saya cuba olahkan sesuatu yang luar biasa, pengisian yang luar biasa bagus, lagu yang mencetus rasa luar biasa bagus dan kata-kata indah yang sangat luar biasa indah. Saya tidak kisahkan sangat orang yang mungkin tidak suka cara saya untuk membawa perubahan yang lain dari yang lain, sebab apa yang saya targetkan bukan mencapai kelainan. Saya hanya menetapkan sasaran untuk berkongsi aura rasa yang sangat luar biasa bagus disamping info-info yang saya harapkan memberi manfaat untuk kita semua. Jika anda dapat merasai dan menerima apa yang cuba saya sampaikan maka tercapailah target saya.
Biar nampak tak berapa laju tapi konsisten bergerak, akhirnya sampai penamat, itu tentu jauh lebih baik daripada berdesup laju tapi tak lama dan tak selalu.~ Dr.Tuah Iskandar al-haj ~
Semoga alunan lagu ini mampu mencetus perasaan damai dan sangat bahagia di hati anda.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.