Pages

Saturday, June 8, 2013

Jangan Putus asa.

Salam perjuangan.
Pernah tidak anda rasai pengalaman di mana sesuatu yang benar-benar anda sedang usahakan dihalang-halangi oleh orang yang sepatutnya memberi perangsang dan sokongan sepertimana yang anda harap-harapkan. Jika jawapan anda PERNAH...anda adalah di kalangan manusia yang paling layak mendapatkan kejayaan disebalik halangan yang sentiasa menghalang-halangi anda itu. Terima semua halangan itu, laluilah halangan itu dengan berlapang dada dan jangan berhenti berdoa dan teruskanlah langkah anda untuk mencapai apa yang anda usahakan. 

Mungkin saya bukanlah orang yang layak memberi jalan penyelesaian kepada halangan-halangan yang anda lalui hari ini, saya sekadar memberi perkongsian yang mana saya juga pernah melalui situasi yang sama. Bagaimana saya menghadapinya antaranya membaca kata-kata motivasi yang boleh menaikkan semangat, disamping berdoa dan tidak berhenti dengan usaha yang saya lakukan.





Andai kita diberi pilihan, sudah tentu kita ingin memilih jalan kehidupan yang mudah-mudah saja kan? Begitu juga bila kita ingin mencapai sesuatu matlamat kita..kita mahu mencapainya dengan cara yang mudah..mengikut keinginan kita biarlah jalan untuk mencapai matlamat itu mudah dan paling pantas kan..anda setuju? Suatu ketika dulu, saya juga mengimpi-impikan jalan mencapai matlamat dengan cara sebegitu. Mudah, cepat dan sepantas yang mungkin. Saat saya hampir mencapai matlamat yang saya mahukan,  pasti akan ada halangan yang lebih besar dan tidak pernah terjangka oleh akal fikiran saya. Apa yang saya lakukan pada masa itu, saya terus berhenti dan tidak melangkah lagi. Itulah kesilapan awal saya. 
Hari ini saya diuji lagi...saya mendapat pelajaran dari ujian ini. Rupanya saya akan sentiasa melalui sesuatu yang sama, sesuatu yang pernah saya lalui dan sesuatu yang saya lepaskan begitu saja suatu ketika dulu akan saya lalui lagi sehingga saya berjaya melepasi ujian itu. 



Semua yang terjadi itu pasti ada terkandung sejuta hikmah. Suatu ketika dulu saya sempat menyalah-nyalahkan takdir kerana ada setiap yang saya lakukan pasti ada yang menghalang. Bila saya sudah mulakan usaha ke arah matlamat yang saya rancangkan, tiba-tiba ada insiden yang berlaku pada masa yang sama. Saya yakin dan percaya anda semua juga pernah mengalami situasi yang sama. Jom kita tetap katakan ini pada diri kita hari ini " Orang-orang BERJAYA pasti melalui halangan-halangan yang BERAT dan BANYAK kerana Tuhan tahu kita mampu menghadapi halangan-halangan apapun kerana kita memang ditakdirkan melalui ujian dan cubaan berat sedemikian..kerana halagan-halangan itulah yang akan menambahkan manisnya kejayaan yang akan kita kecapi suatu masa nanti pada masa yang SANGAT TEPAT. Jangan pernah berputus asa! Dan teruskanlah melangkah. Andai anda jatuh bukan maksudnya jalan yang anda lalui itu licin tetapi kemudi kita yang belum cukup sempurna untuk melalui jalan tersebut. 



Biar bersusah-susah dahulu...bersenang-senang kemudian bersama kenangan manis rakan-rakan seperjuangan yang telah melalui saat-saat getir dan payah mengharungi cabaran mencapai matlamat mereka seperti yang pernah kita lalui.




Andai anda sudah berusaha memberikan yang terbaik dan anda masih belum mencapai apa yang anda impi-impikan, bersabarlah.



Ketentuan dari Tuhan itulah yang lebih baik dan luarbiasa BAGUS untuk kita andai apa yang kita usahakan hari ini diduga lagi dengan halangan-halangan yang lebih berat. Suatu saat yang TEPAT, pasti anda kecapi SAAT manisnya HALANGAN.


Saya melihat dan membaca ini setap hari.


Saya ada kata-kata perangsang yang saya akan baca setiap hari. Ini yang memberi semangat dan kekebalan hati saya bila berhadapan dengan halangan-halangan yang saya hadapi...
" Jalan ini hanya sekali saya lalui; maka setiap perbuatan baik yang saya tunjukkan kepada setiap orang akan saya lakukan sekarang. Jangan sampai saya mengabaikannya kerana saya tidak akan melaluinya lagi. "
Pernah beberapa malam, saat anak-anak sudah tidur...saya di pembaringan, saya menangis kerana saya tidak mampu mengawal perasaan terkilan yang membuak-buak pada masa itu...kerana satu sebab. Saya dihalang melakukan sesuatu yang saya ingin lakukan yang selama ini saya usahakan dan saya dilarang melakukan aktiviti yang biasa saya lakukan. Bukan setakat dilarang..saya turut difitnah..dicemuh juga. Allah maha HEBAT kerana memberikan saya dugaan yang agak hebat yang mungkin bakal menyempurnakan kekurangan-kekurangan diri ini. Saya berdoa dan menangis dalam sujud agak lama..saya mohon sebanyak-banyaknya...beri saya kekuatan untuk melalui ini andai ini jalannya saya mencapai matlamat yang saya mahukan kerana saya mahu melalui semua jalan yang akan membuka lorong matlamat ke arah kejayaan yang saya hajatkan.




Keep fighting and don't quit. Never ever surrender!!!


9 comments:

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay