Pages

Tuesday, January 29, 2013

Segmen teka teki.

Salam kasih sayang dari saya. Hari ini dengan sukacitanya saya mengabadikan soalan teka teki yang telah dicetuskan oleh En. Suami terChenta di laman ini. Cuba teka..




Saya alu-alukan semua blogger menjawab soalan teka-teki ni.  Selamat menjawab. Kata En. Hubby, sekali sekala bagus juga menajamkan minda dengan cara yang lebih santai. Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan suami saya ni utarakan soalan-soalan teka-teki, kadang-kadang soalan cepu emas pun kena paksa jawab.. Ini juga saat-saat manis yang seringkali meleretkan senyuman saya tanpa saya sedari. Sweet moment sangat. Terima kasih En. Hubby. 

Terima kasih Allah untuk segalanya yang telah Engkau kurniakan dalam kehidupan ini.

Ujian menjana kejayaan.

Salam bertemu lagi.
Jom bersama saya menjawab soalan-soalan di bawah ini. 



Berapa jumlah jawapan anda? Ini sekadar ujian untuk memantapkan kekuatan dalaman dan kemantapan semangat untuk meraih kejayaan. Selamat mencuba.

P/S : Kredit dari posting Sahabat hebat.  

Sunday, January 27, 2013

Titik semangat.


Assalamualaikum...


Apa semangat kita hari ini? Saya pasti semuanya punya semangat baru untuk melakukan sesuatu pada hari ini. 




Yakinlah akan setiap usaha yang telah kita rencanakan dan usahakan. Mungkin hari ini kita belum melihat dan merasai hasil dari usaha kita itu. Teruskan berusaha dan konsisten dengan usaha itu, pasti suatu hari nanti akan tetap berhasil. Mungkin juga kita telah berusaha tapi tidak dilihat dan dihargai usaha kita itu, jangan bersedih dan kecewa. Jadikan semua itu sebagai titik kepada semangat kita untuk terus berjuang dalam usaha kita. Suatu ketika titik itu akan menjadi lingkaran besar, dan lingkaran semangat itulah yang rupanya mengusir anasir-anasir ketakutan kita pada halangan-halangan yang cuba menghalangi usaha kita itu.





Ini saja perkongsian cetusan semangat hari ini. Salam ahad dari saya.


Jika perlu menangis kerana kepedihan dan kekecewaan, menangislah sepuas hati agar esok dan seterusnya hanya ada tangisan kebahagiaan yang menemani.

Thursday, January 24, 2013

Pesanan terakhir.

Salam bahagia dan kasih sayang untuk semua.
Selawat dan salam keatas kekasih Allah S.W.T dan kesayangan kita  Nabi Muhammad s.a.w. Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, saya mengambil kesempatan untuk mengabadikan pesanan terakhir melalui khutbah Baginda ketika mengerjakan Haji Wida' sebelum kewafatan Baginda. Berikut ialah petikan khutbah Baginda yang membuat hati ini begitu terharu setiap kali membaca khutbah ini. 



" Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Pertama kali saya membaca petikan khutbah Baginda ini ketika berumur 18 tahun yang ditulis dalam Diari Muslimah 2000. Diari yang banyak memberi manfaat kerana di bahagian hadapan dihiasi Asma ul-Husna dan belakang dilengkapi petikan khutbah terakhir Baginda. Malahan di setiap helaian muka surat pula dihiasi kata-kata hikmah dan sunnah Nabi. 

Semoga paparan saya hari ini memberi manfaat untuk semua. 

Demi masa, sesungguhnya  manusia sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran.              
                              - Maksud Surah Al-Ashr ayat 1 hingga 3 - 

Wednesday, January 23, 2013

Dugaan semata.

Apa khabar blogger hari ini? Saya hari ini lebih sihat dari hari-hari sebelumnya. Hari sebelumnya saya diserang sakit berpakej ( batuk + Selsema + Hidung tersumbat + tekak berkahak + Demam = Pahala berganda bagi sesiapa yang bersabar sehingga sembuh ) Alhamdulillah semakin sembuh hari ini. Bila diuji sakit sedemikian, banyak jugalah laman blog yang saya klik semata-mata ingin mencari petua-petua ubat tradisional. Saya telah menemui satu blog ni. Saya kongsikan disini untuk manfaat bersama. 

Saya memang sangat-sangat TIDAK suka makan ubat. Asal yang dideskripsikan sebagai ubat-ubatan dan pil yang seumpamanya memang sedikit susah untuk masuk dalam mulut. Sesiapa yang seangkatan dengan saya silakan mengaku hari ini. Hahaha..gurau tu. 




Semoga kita semua diberi kesihatan yang elok untuk meneruskan tugasan seharian. 

Tuesday, January 22, 2013

Kuasa senyuman.

Salam kasih sayang. Semoga semuanya dalam situasi yang sangat menyenangkan hari ini. 






Siapapun kita, apapun yang kita lakukan pasti ada mata-mata yang melihat. Ada juga mulut-mulut yang berbicara, ada juga senyuman sinis yang menyampah. Biarkanlah mereka. Mereka tidak tahu apa yang kita sedang rencanakan dan kita usahakan hari ini untuk siapa dan kenapa kita usahakan itu. Hanya Tuhan dan kita saja yang tahu.

Dia tidak perlu dibayar walaupun ianya sangat berharga. Dia memancar umpama matahari dalam sanubari setiap insan yang tahu memanfaatnya. Dia tidak mampu dibeli, dijual apatahlagi dicuri. Sebaliknya memberi kebahagiaan dan kesenangan bagi siapa yang memberi dan menerima. Itulah kuasa sebuah senyuman.

Komitmen kita dalam kehidupan pasti sangat bermakna jika dihiasi sebuah senyuman ikhlas dari dalam hati. 

Semaiiil...

Sunday, January 20, 2013

Dare to Dream!!!


Olivia Newton-John & John Farnham

I am my own believer
In my heart the reason
I will follow the light from within

I’m not afraid of weakness
I’m gonna taste the sweetness
Of the power not to give in

Oh I will see it through
I believe this is the moment of truth
Dare to dream, dare to fly
Dare to breathe the air, the chosen one to touch the sky
Dare to reach, dare to rise
I have the strength to set my spirit free
Dare to dream

I will go the distance
Embrace resistance
And I will lay my soul on the line

And when the way is over
And our hunger has spoken
If I’m with my own I will shine

Oh I will see it through
I believe this is my moment of truth

Dare to dream, dare to fly
Dare to breathe the air, the chosen one to touch the sky
Dare to reach, dare to rise
Find the strength to set my spirit free
Dare to dream

And my heart will shine like the sun
A million voices together as one
I believe, I believe
I believe, I believe

Dare to dream, dare to fly
Dare to breathe the air, the chosen one to touch the sky
Dare to reach, dare to rise
Find the strength to set my spirit free

Dare to dream, dare to fly
Dare to breathe the air, the chosen one to touch the sky
Dare to reach, dare to rise
Find the strength to set my spirit free
Find the strength to do what I believe
Dare to dream, dare to dream

[ From: http://www.elyrics.net ]

Friday, January 18, 2013

Kata-kata Perangsang.

Salam jumaat.
Hari ini sedikit kurang sihat. Tekak rasa kering, mata berair, rasa nak demam pun ada...tapi masih digagahi untuk mengabadikan beberapa kata-kata perangsang untuk kita jadikan sebagai sumber motivasi hari ini.










Sumber : Facebook.

Semoga kita semua diberi kekuatan menghadapi segala dugaan apapun hari ini. Salam perjuangan dari saya. Semoga segmen saya kali ini memberi manfaat untuk semua. 

Adik saya selalu tulis 'semaiiill' dalam komen facebook rasminya, jadi hari ini saya kongsikan pula disini. Maksud semaiiill tu smile..ini kiranya trademark adik saya. Saya baru-baru lagi maklum tentang maksud tulisannya itu...kelakar jugalah, selama ni saya tidak perasan sangat tentang tulisannya itu. Bila sudah maklum, terjangkit akhirnya. 

Semaiiilll..

putera izman: Kisah Cikgu Yang Menyesal

putera izman: Kisah Cikgu Yang Menyesal: Jangan menangis baca kisah sedih ini ... KISAH BENAR !Cikgu Yang Menyesal Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandar...

Best juga kisah benar ni..Kisah yang berunsurkan pengajaran. Baca jangan tak baca.

Thursday, January 17, 2013

Menebus Impian





Drama yang banyak memberi pengajaran. Saya syorkan anda menonton drama bersiri ini. Semua episod dalam drama ini telah dimuatkan di Youtube. Luangkan masa menonton drama ini.

Drama ini diadaptasi dari kisah benar. Jangan lepaskan menonton kisah ini.

Wednesday, January 16, 2013

Al-Kisah Surirumah..

Semoga sejahtera hendaknya hari ini. Usahakanlah untuk mencetus rasa sejahtera dari dalam hati kita. Perasaan sejahtera itu tercetus dari perasaan gembira yang terbit dari dalam. Semoga itulah kekuatan kita hari ini.

Setelah selesai menyiapkan urusan 'tugasan rasmi' dalam rumah pagi ini, terdetik di hati saya sedang apakah emak mertua saya di kampung? Sedang apakah makcik-makcik dan kakak-kakak saya ketika ini? Sudah makankah mereka atau mereka juga sama seperti saya, dalam keadaan masih mengantuk sudah mengagahkan diri melaksanakan 'tugasan rasmi' seperti kebiasaan. Apa agaknya 'tugasan rasmi' yang saya maksudkan itu? Mari kita lihat beberapa tugasan yang sememangnya dalam lingkungan tugasan seorang yang bergelar wanita iaitu seorang isteri, seorang ibu juga merangkap seorang emak mertua melalui sketsa di bawah.


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! ~~


P/S: Sumber dari Facebook.

Semoga paparan kali ini memberi sedikit kefahaman kepada kita semua bagaimana sebenarnya tugasan rasmi yang digalas seorang isteri dalam intitusi rumahtangga. 

Tuesday, January 15, 2013

Menggapai impian.

Salam bertemu lagi kita.
Hari ini ingin kongsikan sedikit perjalanan kerjaya saya dalam CDI.
Apa itu CDI? Baca saja disini, semuanya ada disana. Jika anda berminat bersama-sama kami menggapai impian bersama CDI, tinggalkan pesanan anda dalam kotak hijau 'contact us' di bahagian tepi. Kami akan menghubungi anda dengan kadar yang segera.

Saya kongsikan sedikit perjalanan saya sebelum bekerja dalam arena perniagaan.
Sejak mendirikan rumahtangga, saya memilih untuk tidak bekerja. Saya yang memilih mengurus keperluan suami juga anak-anak. Apa yang tersimpan dalam fikiran saya ketika bergelar ibu ialah ingin memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak dan suami. Sejujurnya financial kami ketika itu hanya cukup-cukup menampung perbelanjaan kami anak beranak. Dengan pengalaman kerja dulu memanglah sangat mudah untuk saya bekerja dimana pun yang saya mahu cuma apa yang menjadi permasalahan ialah bila terfikirkan siapa pula yang akan menjaga dan mengurus keperluan anak-anak nanti. Kalau diberi pilihan, saya lebih rela mengurus sendiri keperluan anak-anak berbanding menghantar anak-anak ke children nursery. Saya belum yakin sepenuhnya akan penyeliaan dan sistem yang ada dalam mana-mana children nursery. Ini hanya pendapat peribadi saya. Anda seorang ibu pasti memahami pendapat saya ini.

Keputusan drastik saya untuk tidak bekerja disokong penuh oleh suami. Terkadang tersentuh hati ini bila suami pernah berkata, selama berkahwin belum pernah rasanya menghulur wang kepada emak dan bapa. Bila menyambut apa-apa perayaan, tidak pernah cukup untuk menghulur, jadi itu yang membuat hati saya sedikit terbeban. Ketika itulah saya mulai mencari dari pelbagai sumber bagaimana saya boleh membantu suami disamping tidak mengabaikan tanggungjawab mengurus keperluan anak-anak dan suami. Inilah detiknya saya terpanggil untuk mencuba peluang kerjaya baru iaitu bidang perniagaan. Inilah yang saya inginkan, yang mana saya masih boleh menumpukan perhatian kepada keperluan anak-anak disamping boleh melakukan kerja mengikut masa saya sendiri. Justeru peluang untuk menjana pendapatan terbuka luas dalam perniagaan inilah yang mencetus langkah perubahan saya untuk menggapai impian yang telah lama tersimpan.

Masih saya ingat pertama kali bertemu rakan sekerja dalam CDI, saya bawa bersama anak kedua saya. Nampak tak, peluang kerjaya yang saya pilih memberi banyak manfaat kepada saya dan tidak menghadkan masa saya bersama anak-anak dan suami. Inilah satu-satunya peluang perniagaan yang telah banyak membantu saya mencapai kredibiliti dan kepuasan kerjaya sebenar.


Geng karas CDI




Kini CDI mampu bertapak di persada antarabangsa.





Bila dikenang kembali ketika saya masih bekerja dulu, pernah tertidur dalam bas kerana terlalu penat. Ditambah dengan penat, masa untuk berehat dan bersama keluarga juga sangat terhad. Bayangkan saya hanya boleh bercuti 1 hari dalam seminggu. Cuba congak-congakkan masa anda juga sekarang ni, rasa-rasanya cukup tidak kualiti masa bersama keluarga anda? 

Sejak saya dalam arena perniagaan ini, sejujurnya saya memang banyak waktu terluang untuk anak-anak, suami juga keluarga. Setiap pekerjaan pada mulanya memanglah ada cabaran dan dugaan yang tidak pernah terjangka tapi itu semua boleh anda jadikan sebagai modal mengait impian anda pada hari esok dan hari seterusnya.




In-sha Allah kami dalam CDI membantu dengan sedaya mungkin untuk anda menggapai impian bersama kami. Keiginan untuk merubah hidup adalah pilihan anda sendiri. Kekuatan untuk meraih perubahan dalam hidup adalah pilihan anda sendiri. Tiada paksaan untuk merubah hidup tapi paksalah hati dan minda menjana perubahan dari dalam hati anda. Samada anda masih mengimaginasikan impian-impian anda itu menjadi kenyataan atau hanya menyimpan imaginasi anda sekadar dalam angan-angan anda. Pilihan ada dalam tangan anda. Keinginan untuk membantu orang lain menjana impian adalah motivasi kami dalam CDI. 

Perihal impian.

Salam kasih sayang.
Semoga semuanya dalam perlindungan kasih sayang Allah dan makhluk ciptaan-Nya.

Apa perihal impian anda?
Adakah anda pernah menyimpulkan impian-impian anda menjadi satu impian yang sangat besar? Mari fokuskan hari ini impian yang pernah kita tulis dalam dairi, yang pernah kita ungkapkan kepada kawan-kawan kita dan mungkin yang pernah kita bicarakan kepada emak bapa kita ketika usia kanak-kanak. Seingat saya dulu, impian saya mahu membahagiakan emak, bapa dan adik beradik saya. Saya juga pernah menyimpan impian punya baaanyak wang supaya saya boleh membeli rumah yang dekat dengan sekolah, agar saya dan adik beradik tidak perlu tinggal menumpang di rumah orang lain semata-mata memenuhi syarat meneruskan persekolahan dan dengan harapan emak tidak perlu berjalan kaki lagi menjemput saya  kerana masa itu jalan masuk ke kampung belum boleh dilalui kenderaan. Mungkin kerana berlatarbelakangkan hidup susah yang telah saya lalui dalam hidup ini dan asbab kesusahan itulah yang memisahkan kami adik beradik, sehingga suatu hari saya sedar begitu pentingnya wang dalam menjalani kehidupan. Begitulah impian saya yang sangat besar ketika zaman kanak-kanak lagi.

Persoalannya adakah menjadi satu kesalahan jika membina impian seperti impian saya itu?
Bagi anda yang pernah hidup susah, mungkin anda juga pernah berimpian seperti saya. Semoga kita semua mampu menjadikan impian kita itu menjadi kenyataan suatu ketika nanti.







Apa yang boleh saya kongsikan disini adalah bagaimana memperihalkan impian anda menjadi kenyataan berpandukan soalan-soalan yang telah berjaya menjana perubahan saya hari ini.


Dalam Jangka masa 10 tahun :

1. Apakah pekerjaan anda ?
a. Berapakah pendapatan tahunan yang anda impikan?
b. Apakah tahap pengurusan yang ingin anda capai?
c. Berapa banyak tanggungjawab yang sanggup anda pikul?
d. Kuasa autoriti tahap manakah yang anda mahu?
e. Peluang-peluang apakah yang saya tahu dalam kedudukan anda?


2. Keluarga anda.
a. Gaya kehidupan bagaimanakah yang anda mahu berikan kepada keluarga anda?
b. Rumah bagaimanakah yang perlu anda sediakan untuk mereka?
c. Ke manakah kalian akan bercuti?
d. Berapakah simpanan yang perlu anda laburkan untuk pendidikan anak-anak anda?

3. Kehidupan anda.
a. Di manakah tahap anda dalam pengamalan agama anda?
b. Kawan-kawan bagaimanakah yang anda mahu?
c. Kelab apakah yang ingin anda anggotai?
d. Jawatan apakah yang ingin anda pegang dalam masyarakat?

Apa yang saya catatkan diatas merupakan formula-formula yang telah diasaskan oleh Dr. HM. Tuah Iskandar dalam usaha beliau menggarap kejayaan melalui sebuah impian. Formula-formula itulah juga yang memandu saya menjana perubahan diri seusia 18 tahun dan formula-formula ini masih tercatat dalam diari saya. Jadi, adakah anda semua sudah bersedia menjawab soalan-soalan diatas? Sesuaikanlah jawaban-jawaban anda itu mengikut bidang, usia, talent dan minat anda lalu catat di atas kertas. Semoga perkongsian hari ini membawa manfaat untuk kita semua.

Tidak mengapa bersusah-susah dahulu, akhirnya bersenang-senang kemudian. Itu lebih bermakna.


P/S : Lagu sentiasa bertukar dari masa ke semasa mengikut segmen yang diupdate.. Semaiiil=:)

Monday, January 14, 2013

Tentang sahabat :)



Salam bahagia untuk semua..
Apa khabar hari ini? Semoga semuanya sihat-sihat belaka.
Perkongsian hari ini kisah tentang sahabat.

Pernahkah anda punya sahabat yang tetap setia dengan anda dari dulu hingga hari ini? Dulu masa zaman persekolahan saya mempunyai beberapa rakan sekolah yang boleh saya gelar sebagai sahabat. Mari kita mengenang sahabat-sahabat yang berada dekat dan jauh keberadaan mereka dengan kita. Saya sengaja mengambil lagu tema Sahabat ini untuk menaikkan semangat persahabatan yang telah lama terjalin.

Sahabat..
Boleh jadi emak kita...
Boleh jadi ayah kita...
Boleh jadi suami...
Boleh jadi isteri...
Boleh jadi anak-anak kita...
Boleh jadi guru-guru kita...
Boleh jadi buku-buku kita...
Boleh jadi adik-beradik kita...
Boleh jadi rakan sekerja kita...
Boleh jadi haiwan peliharaan kita...
dan boleh jadi diri kita sendiri.


Kenang-kenanglah sahabat kita yang telah banyak membantu kita dalam apa juga yang telah kita lalui bersama sahabat kita itu. Pasti ianya suatu kenangan yang amat terindah dalam hidup kita.

Thursday, January 10, 2013

Senaman mata.

Apa khabar hari ini? Lantaran suasana masih dalam suasana tahun baru, sambutan hari ini ialah mengimejankan impian tahun ini, supaya menjadi momentum dan booster mencapai impian yang telah kita imejankan itu.

Hari ini saya membawa anda semua turut serta dalam satu permainan ini. Hanya cari 3 perkataan (dalam Bahasa Inggeris) yang anda jumpa dalam sekilas pandang. Jom tengok imej di bawah ni.


Sumber diperoleh dari laman Facebook. 


Apa 3 perkataan awal yang anda jumpa? Bukan ramalan tau..kita cuba memberi sedikit senaman pada mata dan minda kita hari ini.
Ini sekadar permainan minda hari ini. 
Selamat menikmati permainan ini.

Wednesday, January 9, 2013

Segmen : Saya blogger dari...

http://www.fizgraphic.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html


Saya nampak segmen ni dari laman blog sorang geng blogger. Segmen ni untuk up follower semua blogger anjuran brader apiz. Tidak perlu bayar apa-apapun..Jadi tidak salah ba mencuba..Jom kita join ramai-ramai.

 Saya blogger dari Sabah. Asal saana Ranau.
 Apa yang menarik di Sabah ni? Banyakkkkk..antaranya:

Poring Hot Spring.

www.poringhotspringranausabah.com/
Kolam air panas, Poring.



Fish Massage at Sungai Moroli.
Tengok gelagat anak sulung-teringin tangkap ikan tu..hihihi..




Sumber : Youtube.
Bagus kamurang datang sini bawa satu keluarga...Ikan ni  dikenali sebagai Ikan Garap bagi penduduk tempatan disiiini Ranau. Ikan ni diternak disini untuk tujuan refleksologi dan diselia oleh penduduk kampung disini.



Damai Eco Ranch.




Makanan yang paling best pun baaanyak. Antaranya;
  • Tuhau
  • Lada putih
  • Sayur lemiding.
  • Jeruk bambangan
  • Dan banyak lagi...
Ni la lada putih. Kalau dimasak campur ikan bilis+asam jawa= manTOP dan paling sadap sia kasitau kamurang. Bak kata orang dusun asadap tomod.

Tuhau ialah sejenis pokok yang tumbuh liar, belum ditanam secara komersial, macam bagus juga kalau ada yang test power tanam ni pokok di Ranau ni kan..(hmm macam ada cetusan idea pula). Banyak terdapat di Ranau. Banyak dijual di tamu hujung minggu. Batang tuhau ini perlu dibelah, hanya isinya yang lembut akan diambil. Pastuh ditumbuk dengan cili padi+belacan+limau kasturi+perasa secukupnya. Boleh dijadikan bahan pencecah ikan goreng pun sodap wa cakap lu... Sayur lemiding pun tumbuh liar, biasanya banyak terdapat di sini. Sayur ni sedap dimasak+sardin. Jeruk bambangan berasaskan buah bambangan yang diparut dan dicampur sedikit parutan biji buah bambangan tu,lalu diperap beberapa hari. Biasanya dicampur dengan cili merah dan perasa untuk menambahkan rasa kelazatan ( sehingga menjilat jari hehehe..) jeruk bambangan ni.

Apalagi yang best di Sabah? Di sini ada peluang menambah pendapatan dalam bidang perniagaan. Pernah dengar Creative Dreams? Ba luangkanlah masa berjumpa kami di Siiiini Sabah ba.. Saja-saja mo promo ba manatau korang berminat kan. 






Saya sengaja tag beberapa geng blogger di halaman ni. Jom kita join ramai-ramai.






Cetusan perubahan


Salam bertemu lagi lewat catatan blog.
Semoga semuanya disinari nur ketenangan dari Illahi. Proses penyampaian kata-kata ilmu yang berunsurkan motivasi patut dibuat dalam suasana menghiburkan dan lebih kreatif. Inilah yang saya cuba aplikasikan dalam blog ini. Semoga ianya boleh diterima dan bermanfaat kepada semua golongan. Amiiin.



Kehidupan saya dulu sama juga macam orang lain. Sebelum bertemu jodoh, saya pernah bekerja partime di Restoran Sri Sempelang Berhad ( RSSB ). Waktu malam saya bekerja di Restoran tu, siangnya saya ambil Pengajian Program Jarak Jauh. Sangat-sangat penatlah masa tu. Tapi kena kuatkan hati untuk membina hidup lebih baik kan. Orang lain boleh, kenapa saya tidak? Hidup ini satu perjuangan. Anda setuju? 




Dengan staff yang menceriakan suasana. Sengaja ambik gambar berlatarbelakangkan tag 'A' tu..Tahap kebersihan yang memuaskan maksudnya tu..


Apa azam kita hari ini? Azam lepas belum tercapai tapi ada pula azam baru. Selalunya begitulah kata hati kita. Keupayaan kita untuk merubah hari depan dicetuskan dari azam kita sendiri dan azam itu pula kita sering hadapkan di hadapan Yang Maha Esa. Tercapainya perubahan yang kita inginkan bermula dari satu langkah dalam perancangan rapi yang selama ini kita rancangkan.  Saya kongsikan surah Ar-Raad ayat 11. 





Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.



Suatu ketika dulu kita mungkin sangat daif, sering dicemuh dalam apa juga yang kita ingin lakukan. Mungkin juga pernah mengalami situasi di mana kita ingin lakukan sesuatu tapi kerana tiada sokongan moral dan kesempitan wang kita menunda saja hajat tu. Sampai bila hajat itu bersarang di hati kita? Bulan depan, tahun depan atau biarkanlah sampai tiba masa yang sesuai. Agak-agak bila masa yang sesuai itu? 

Usah terpedaya dengan kata-kata mereka yang cuba menghalangi langkah perubahan kita. Kadang-kadang ada yang akan kata, itu 'bukan bidang awak', 'Eh, susah tau tu'...'kena banyak baca bukulah'...'eh,jauh tu'...dan banyak lagilah. Sebenarnya itulah cabaran kita hari ini. Kadang-kadang keupayaan kita melebihi apa yang kita jangkakan. Cuba buat dulu, baru tahu kita mampu atau tidak. Usah terpengaruh sangat dengan kata-kata berunsurkan halangan.



Hari ini mari kita lebihkan soalan ' Bagaimana? ' pada setiap masalah yang cuba menghalangi azam yang kita telah targetkan untuk kita capai hari ini. Kurangkan soalan ' siapa? ', apatahlagi soalan ' kenapa? ' dan kenyataan 'Kalaulah..'. Saya bukanlah seorang yang cukup sempurna menangani setiap permasalahan hidup, cuma sekadar memberi perkongsian rasa semangat dan beberapa inisiatif berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua. 

Tuesday, January 8, 2013

20 Perihal saya.

Salam kasih sayang. Semoga semuanya sentiasa dibawah perlindungan nur kasih Illahi dan disulami kasih silaturrahim sesama insan. Saya terpanggil berkongsi 20 perkara tentang saya yang diinspirasikan oleh entri blog sahabat yang sangat menarik dan kreatif. Saya pernah menulis sedikit entri tentang saya beberapa bulan lepas cuma entri itu telah disekat. Pelik tapi benar. Hari ini saya abadikan 20 perihal saya sekadar ceritera di petang hari ini.



1. Saya anak ke-6 dalam 10 orang adik beradik. 4 perempuan, 6 lelaki. 



2. Bertemu jodoh di usia 24 tahun.



3. Saya bertemu jodoh dengan cinta hati saya sejak di bangku sekolah. ( Cinta Karas hhehehe..)


4. Dikurniakan 2 orang anak. Anak sulung ini diberi nama sempena nama datuknya..ambil berkat ba...

5. Setelah 4 tahun kemudian lahirlah seorang lagi penghibur  hati  mama, bapa dan abang.


6. Pernah bekerja di Sekolah Memandu Sabah ( S.M.S ) sebagai kerani.


7. Pernah bekerja partime di Restoran Sri Sempelang Berhad (RSSB).




8. Pernah mengikuti pengajian PJJ
Kurus keremping jak masa ni coz tidak cukup tidur. Malam kerja partime di RSSB, siang kena study pula. 

9. Pernah kerja di 7-11, Taman Fortuna Branch.

10. Suka membaca buku-buku motivasi dan kejayaan.


11. Sangat suka pada kanak-kanak. They inspired me a lot.



12. Sangat suka berkongsi kata-kata motivasi.

13. Sangat suka pada semua jenis burung.




14. Pernah ditinggalkan oleh kucing kesayangan. Tuhan lebih menyayanginya. Sedih masih tersimpan hingga kini dan tiada niat cari pengganti.



15. Artis Indonesia kegemaran saya - sumber  kapanlagai.com.


16. Sangat suka makan broccoli.


17. Sekarang sedang dalam usahasama francais perniagaan Creative Dreams International.



18. Suatu hari nanti ingin menjadi Motivator dan Kaunselor. Semuanya dalam perancangan. Doakanlah kejayaan saya.


19. Pernah mengimpikan dikurniakan anak perempuan kembar..hihihi..

20. Bercita-cita bertemu dengan semua rakan blogger walau dimana korang semua berada. Pasti gempak..amacam?


Inilah 20 perihal tentang saya. Sebenarnya saya terpanggil berkongsi perihal tentang saya sejak terbaca entri dari seorang rakan blog Geng karas blogger-Atie. Entri blognya yang sangat menarik. Semuanya bertujuan untuk lebih saling mengenali. Semoga semua blogger yang belum memberi perkongsian tentang diri masing-masing, sudi-sudikanlah tulis entri tentang anda pula. Ini saja perkongsian maklumat untuk hari ini.


Sahabat yang terbaik ialah Allah. Sebutlah namanya di setiap hembusan nafas dan rasailah perbezaan perasaan dan fikiran anda. 

Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Mari kita berusaha mencapai setiap impian yang terlakar dalam minda hari ini. Andai gagal, usaha lagi. Andai jatuh, bangun lagi. Terkadang orang yang selalu mengalami kegagalan, ketahuilah orang itu lebih terbilang dan kekal kejayaannya di kemudian hari kerana disebalik kegagalan-kegagalan yang pernah dilalui telah mencipta beberapa formula kemahiran kehidupan menghadapi kegagalan-kegagalan itu. 

Saturday, January 5, 2013

Potensi merealisasikan impian.

Salam bahagia.
Bertemu lagi kita di halaman ini.
Apa khabar hari ini ? Jawablah dengan penuh semangat. Semoga kita semua sentiasa bersemangat dengan penuh keazaman bagi meneruskan tugasan harian yang kita galas hari ini.

Mari menelusuri semangat juang saya dalam CDI sambil halwa telinga anda ditemani lagu semangat yang baru saya upload hari ini. Lagu ini benar-benar membantu saya mencetus semangat yang luar biasa dari lubuk jiwa saya untuk dikongsikan kepada anda semua.


Inilah senarai impian-impian saya. Anda bagaimana ?
Apa impian-impian anda yang selama ini terpendam di hati ? Jawablah dengan ikhlas.





Semangat mantap dan berterusan untuk melakukan sesuatu itu lahir dari dalam. Seumpama minum air. Kita maklum 70-80 peratus kandungan dalam badan ialah air. Jadi kita faham air itulah yang sangat-sangat penting dalam membantu tubuh badan lebih sihat agar tubuh mampu berfungsi lebih baik. Usaha untuk minum air secukupnya tidak boleh dilakukan orang lain kepada kita. Tiada orang lain akan membantu kita menuang air dalam mulut kita kecuali ketika kita dalam kondisi kurang sihat. Kita kena usaha sendiri untuk memenuhi keperluan tubuh kita. Begitu juga halnya dengan keperluan-keperluan kita. Tidak akan ada seorang pun yang sanggup dan mahu memenuhi keperluan-keperluan kita dalam kehidupan. Kitalah sendiri yang perlu lakukan untuk mencapai kepuasan dalam kehidupan. Kepuasan menikmati kehidupan. 

Friday, January 4, 2013

Lagu dan kata-kata semangat petang ini.

One Of The Brightest Stars – James Blunt Lyrics & Listen


One day your story will be told,
One of the lucky ones, who´s made his name
One day they´ll make you glorious,
Beneath the lights of your deserved fame.
And it all comes round once in a lifetime like it always does
Everybody loves you cause you´ve taken a chance out on a dance to the moon, too soon
And they’ll say told you so, we were the ones who saw you first of all
We always knew that you were one of the brightest stars
One day they´ll tell you that you´ve changed
Though they´re the ones who seem to stop and stare
One day you´ll hope to make the grave, before the papers choose to send you there.
And it all comes round once in a lifetime like it always does,
Nobody loves you cause you´ve taken a chance out on a dance to the moon, too soon
And they’ll say told you so, we were the ones who saw you first of all,
we always knew that you were one of the brightest stars
And they’ll say told you so, we were the ones who saw you first of all,
we always knew that you were one of the brightest stars.

Sambungan kisah lepas.


Salam satu Malaysia. Agak lama juga saya tidak menggunakan kata-kata keramat ini. Salam ikatan yang mencetus satu perpaduan untuk mengeratkan ikatan hubungan persaudaraan tanpa mengira kepelbagaian bangsa dan kepercayaan agama. Semoga perpaduan kita tetap terpelihara sehingga hujung hayat dunia ini.

Hari ini saya sambung lagi kisah bagaimana saya telah mendapat kunjungan dari Duta CDI, Suzelah Roslan. Saya masih ingat hari tu beliau datang di rumah ini bersama seorang lagi Leader CDI Sabah, Harry Micheal.



Suzelah Roslan dan Harry Micheal.



Brand New Premier of CDI Sabah 2012



Saya sangat teruja untuk memberi perkongsian semangat dan kewibawaan mereka berdua. Saya telah terinspirasi dengan komited kedua-dua mereka ini dalam usaha meluaskan lagi tapak Francais perniagaan CDI ini di seluruh Sabah bersama beberapa lagi Team Leader CDI. Walaupun mereka sudah dikenali ramai dan tersenarai sebagai Duta CDI di Sabah, mereka tetap memiliki ciri-ciri kepimpinan, sangat dedikasi dan murah hati. Sikap inilah yang melengkapkan ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya di mata saya. Mereka telah berjaya mencetus kejayaan kami dalam CDI. Mereka jugalah yang telah mencorak semangat juang dan kejayaan kepada saya. Semoga mereka tetap bersemangat memantau setiap langkah sumbang kami dalam arena perniagaan CDI ini. 

Inilah perkongsian hari ini. Kehadiran CDI di Sabah telah mencetus semangat perpaduan dan setiakawan di kalangan kami semua. Kami juga telah disatukan seperti sebuah keluarga harmoni tanpa mengira warna kulit, bahasa dan agama. Inilah cetusan luarbiasa yang dapat saya deskripsikan tentang CDI. Kami telah bersatu dibawah payung CDI. Kami juga telah menemui kejayaan disini. Aura motivasi yang luar biasa bagus sentiasa gemilang disini asbab cetusan dari berkat Illahi melalui  CDI. Mari bersama kami merasai aura luar biasa bagus bersama CDI. Kami sentiasa menunggu kehadiran anda. Tidak ada kuasa autoriti disini. Kita tetap sama dalam satu tujuan perjuangan mencipta kejayaan luar biasa yang luar biasa gemilang.

Thursday, January 3, 2013

Semoga ketabahan itu milik kita.



Apa khabar hari ini? Semoga semuanya sihat walafiat. Saya doakan mereka yang masih mempunyai emak dan bapa agar diberi kekuatan untuk menjaga insan-insan yang kalian kasihi walau apapun kondisi kesihatan mereka. Semoga kita sebagai anak-anak dipermudahkan untuk memenuhi segala segi keperluan dan pengorbanan masa bagi memenuhi tanggungjawab kita terhadap emak dan bapa tersayang sepertimana mereka memenuhi tanggungjawab mereka terhadap kita semenjak kita dilahirkan.

Begitu tersentuh hati saya membaca nukilan hati dalam blog sahabat saya, KN ( Bunda ) hari ini. Saya mampu merasai kehibaan dan kesedihan hati Bunda, walaupun tidak Bunda nyatakan pada halaman penutup tirai blog 2012, tapi seolah-olah saya mampu merasainya. Semoga bunda dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang menimpa.

Saya sudah tidak punya emak. Sejak emak meninggal dunia lima tahun lepas, kadang-kadang terasa separuh dari hati dan jiwa ini telah dibawa pergi bersama emak. Terkadang bila menjelang hari-hari perayaan, saya sengaja tidak akan balik ke kampung lebih awal. Saya lebih kepada mengelak untuk bersemuka adik beradik saya terutama sekali kakak-kakak dan bapa saya. Mereka seringkali berkumpul di suatu sudut mengenang kembali kenangan bersama emak, kesukaan-kesukaan emak dan hampir semua tentang emak sambil ditemani linangan air mata. Dan itulah sebenarnya yang saya cuba elakkan. Saya seboleh-bolehnya tidak mahu hanyut dalam kesedihan bersama-sama mereka. Saya lebih suka dilihat tabah dihadapan mereka, walaupun didalam hati saya turut meraung menangis ketika itu. Biarlah hanya Tuhan yang tahu. Biarlah saya yang akan meniupkan semangat kesabaran disaat mereka dalam kesedihan. Saya tidak mahu mereka berlarutan dalam kesedihan. Jadi, saya memilih untuk banyak mendengar akan luahan kesedihan mereka berbanding turut menangis bersama. Mungkin sifat saya ini saya teladani dari sifat emak yang lebih banyak memberi kata-kata semangat disaat ada di kalangan saudara-mara ditimpa musibah atau kesedihan, umpamanya kematian ahli keluarga. Emak pernah berkata, mungkin kita tidak mampu menghulurkan bantuan berupa wang ringgit kepada orang yang memerlukan, tapi kita masih punya kata-kata semangat untuk menghibur mereka, bukannya tangisan yang mereka inginkan. Jadi, kita harus lebih kuat. Kata-kata emak itulah yang banyak memberi pedoman kepada saya hingga kini. Mungkin sifat emak inilah yang menurun membina peribadi saya yang sama seperti peribadi emak.



Saya selalu yakin bahawa Tuhan itu Maha Adil. Bilamana seseorang yang kita kasihi sepenuh hati, orang itu pula dikalangan orang baik-baik, disaat ketiadaan mereka pun kita masih merasakan orang itu sentiasa berada dekat dengan kita.
Semoga ketabahan itu menjadi milik kita, biarpun banyak dugaan berat yang menimpa,biarpun banyak tentangan kehidupan yang menghalang-halangi perjalanan hidup kita, biarpun berjuta musibah yang menduga kesabaran kita. Apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa bersiap-siaga dengan apapun yang bakal kita hadapi. Di samping itu kita kena berusaha mencari kaedah-kaedah yang boleh membantu kita menghadapi setiap tentangan, halangan dan musibah tersebut. Selanjutnya kita serahkan segala tentangan, halangan dan musibah itu kepada Allah yang Maha Esa tanpa sebarang penyesalan. Lalu lihatlah apa yang bakal terjadi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay