Pages

Friday, April 17, 2015

Mama Mell kembali..






Rupa tidak cukup tidur punyaa..peace 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya sudah kembali setelah sekian lama menyepi..ops bukan sengaja menyepikan diri, FYI = for your information..( amboii english intro gitu..silakan ambik plastik untuk tadah muntah anda..hihi ) Saya baru selamat habis berpantang ( walau baru 2 bulan tahap kejayaan pantang makan itu ini..sabarrr saja laa ) dan hari ini mulai merajinkan jari jemari klik sana situ untuk entry blog ni.
Hari ni saya tidak bercerita tentang bisnes, walhal tajuk blog ni macam ke arah cerita bisnes saja kan..semua pun boleh dimasukkan dalam blog ni sebenarnya..saya mama budak baru belajar okey..hihi

Alhamdulillah amanah Allah yang ketiga ni boy jugak..syukur tidak terhingga. Perasaan masa melahirkan anak ke2 dulu sangat berbeza dengan yang ketiga ni. Sangat-sangat berbeza..banyak positifnya. Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Thank you kawan-kawan yang banyak mendoakan kesejahteraan saya. 

Sedikit terkekang masa saya untuk mengisi enty dalam blog ini, maklumlah sudah jadi mak baby lagi kan, pempaham laa kamurang geng-geng bloger sekalian. Tambahan pula, saya sedang membaik pulih blog ini, banyak penambahan yang akan dilakukan di dalam blog ini. Harap sabar menanti ya.

Entry hari ini saya suka mengongsikan perasaan bersyukur dengan kehadiran amanah Allah yang ketiga..inilah dia anak kami yang ketiga yang diberi nama Abdul Aqil. Hai hai dari baby..





baby baru 2 hari






Terima kasih papa tolong mandikan baby.





We love u dear lil caliph..moga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat.







Sekian entry hari ini. Sebelum tu, mari aminkan doa saya ini untuk anakanda-anakanda kesayangan kami..

" Ya Allah..tambahkan kepada anak-anak kami..Kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi..rezeki yang banyak dan halal dan kejayaan yang benar di dunia dan akhirat..amiiin ya Wahhab..ya Razzak " 











Alhamdulillah..jom bersyukur dengan nikmat yang ada.








Masa dalam labour room hari tu, sejurus lahirkan baby Aqil..nurse tu cakap camni .."baby boy lagi..yang penting sihat kan.."..seakan kecewa kedengaran..tapi saya sudah bersedia dan bersyukur dengan kurniaan Allah. Saya yakin dan percaya, semua kurniaan Allah itulah yang terbaik dalam kehidupan kami. Semuanya pasti ada hikmah terindah dan pastinya Allah janjikan sesuatu yang lebih baik dan pasti indah pada waktunya.








Saturday, June 8, 2013

Tersenyumlah.

Perkongsian hari ini saya kongsikan suatu nasihat yang menarik daripada Elbert Hubbard, yang gemar saya renungi dan saya kongsikan disini semoga bermanfaat untuk semua.




Setiap kali anda keluar dari pintu, tariklah dagu anda ke belakang dan angkatlah kepala anda tinggi-tinggi. Isilah paru-paru anda dengan udara pada setiap tarikan nafas sehingga penuh. Biarkan sinar mentari memberi kesan yang sihat kepada anda. Sambutlah rakan-rakan anda dengan senyuman dan usahakanlah supaya sikap peramah anda itu disalurkan kepada orang lain melalui jabatan tangan anda. Jangan disalahertikan oleh sesiapa tentang tindakan anda itu dan jangan menghabiskan masa walau seminit pun untuk memikirkan tentang musuh-musuh anda. Pastikan supaya tujuan anda jelas kelihatan di hadapan anda, dan usahakanlah supaya anda terus maju ke arah tujuan anda itu. Tumpukan fikiran anda kepada perkara-perkara yang baik dan indah, yang ingin anda lakukan. Lambat laun tanpa disedari, anda telah mengambil kesempatan yang diperlukan untuk memenuhi keinginan-keinginan anda itu. Lihatlah keinginan anda: penampilan yang kuat, tampan?anggun dan berguna, dan jika anda tetap melihat gambaran keinginan itu, lama-kelamaan anda akan muncul dengan individu yang anda kehendaki-fikiran yang paling berkuasa. Peliharalah keinginan yang baik-baik dalam fikiran anda. Sentiasalah bersikap tabah, terbuka dan riang. Sesiapa yang memikirkan hal-hal yang baik dan positif, beliau pasti dapat melakukan sesuatu pekerjaan yang KREATIF. Setiap sesuatu yang dilakukan bermula dengan keinginan, dan setiap doa yang dibuat dengan bersungguh-sungguh pasti dikabulkan. Anda akan menjadi seperti apa yang anda inginkan dalam diri anda. Tariklah dagu anda ke belakang, angkatlah kepala anda tinggi-tinggi kerana anda juga mampu melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bermutu.




Senyumlah..tidak perlu kata apa-apa. Senyumlah, dunia pasti turut tersenyum kepada anda.





Jika anda merasa berat dengan masalah-masalah yang anda lalui dan sering terlupa untuk senyum, lihat anak-anak yang masih kecil...lihat ketika mereka memberi senyuman paling manis kepada anda..percayalah anda akan tersenyum secara spontan, malah hati anda akan turut tersenyum tanpa dipaksa. 

Jangan Putus asa.

Salam perjuangan.
Pernah tidak anda rasai pengalaman di mana sesuatu yang benar-benar anda sedang usahakan dihalang-halangi oleh orang yang sepatutnya memberi perangsang dan sokongan sepertimana yang anda harap-harapkan. Jika jawapan anda PERNAH...anda adalah di kalangan manusia yang paling layak mendapatkan kejayaan disebalik halangan yang sentiasa menghalang-halangi anda itu. Terima semua halangan itu, laluilah halangan itu dengan berlapang dada dan jangan berhenti berdoa dan teruskanlah langkah anda untuk mencapai apa yang anda usahakan. 

Mungkin saya bukanlah orang yang layak memberi jalan penyelesaian kepada halangan-halangan yang anda lalui hari ini, saya sekadar memberi perkongsian yang mana saya juga pernah melalui situasi yang sama. Bagaimana saya menghadapinya antaranya membaca kata-kata motivasi yang boleh menaikkan semangat, disamping berdoa dan tidak berhenti dengan usaha yang saya lakukan.





Andai kita diberi pilihan, sudah tentu kita ingin memilih jalan kehidupan yang mudah-mudah saja kan? Begitu juga bila kita ingin mencapai sesuatu matlamat kita..kita mahu mencapainya dengan cara yang mudah..mengikut keinginan kita biarlah jalan untuk mencapai matlamat itu mudah dan paling pantas kan..anda setuju? Suatu ketika dulu, saya juga mengimpi-impikan jalan mencapai matlamat dengan cara sebegitu. Mudah, cepat dan sepantas yang mungkin. Saat saya hampir mencapai matlamat yang saya mahukan,  pasti akan ada halangan yang lebih besar dan tidak pernah terjangka oleh akal fikiran saya. Apa yang saya lakukan pada masa itu, saya terus berhenti dan tidak melangkah lagi. Itulah kesilapan awal saya. 
Hari ini saya diuji lagi...saya mendapat pelajaran dari ujian ini. Rupanya saya akan sentiasa melalui sesuatu yang sama, sesuatu yang pernah saya lalui dan sesuatu yang saya lepaskan begitu saja suatu ketika dulu akan saya lalui lagi sehingga saya berjaya melepasi ujian itu. 



Semua yang terjadi itu pasti ada terkandung sejuta hikmah. Suatu ketika dulu saya sempat menyalah-nyalahkan takdir kerana ada setiap yang saya lakukan pasti ada yang menghalang. Bila saya sudah mulakan usaha ke arah matlamat yang saya rancangkan, tiba-tiba ada insiden yang berlaku pada masa yang sama. Saya yakin dan percaya anda semua juga pernah mengalami situasi yang sama. Jom kita tetap katakan ini pada diri kita hari ini " Orang-orang BERJAYA pasti melalui halangan-halangan yang BERAT dan BANYAK kerana Tuhan tahu kita mampu menghadapi halangan-halangan apapun kerana kita memang ditakdirkan melalui ujian dan cubaan berat sedemikian..kerana halagan-halangan itulah yang akan menambahkan manisnya kejayaan yang akan kita kecapi suatu masa nanti pada masa yang SANGAT TEPAT. Jangan pernah berputus asa! Dan teruskanlah melangkah. Andai anda jatuh bukan maksudnya jalan yang anda lalui itu licin tetapi kemudi kita yang belum cukup sempurna untuk melalui jalan tersebut. 



Biar bersusah-susah dahulu...bersenang-senang kemudian bersama kenangan manis rakan-rakan seperjuangan yang telah melalui saat-saat getir dan payah mengharungi cabaran mencapai matlamat mereka seperti yang pernah kita lalui.




Andai anda sudah berusaha memberikan yang terbaik dan anda masih belum mencapai apa yang anda impi-impikan, bersabarlah.



Ketentuan dari Tuhan itulah yang lebih baik dan luarbiasa BAGUS untuk kita andai apa yang kita usahakan hari ini diduga lagi dengan halangan-halangan yang lebih berat. Suatu saat yang TEPAT, pasti anda kecapi SAAT manisnya HALANGAN.


Saya melihat dan membaca ini setap hari.


Saya ada kata-kata perangsang yang saya akan baca setiap hari. Ini yang memberi semangat dan kekebalan hati saya bila berhadapan dengan halangan-halangan yang saya hadapi...
" Jalan ini hanya sekali saya lalui; maka setiap perbuatan baik yang saya tunjukkan kepada setiap orang akan saya lakukan sekarang. Jangan sampai saya mengabaikannya kerana saya tidak akan melaluinya lagi. "
Pernah beberapa malam, saat anak-anak sudah tidur...saya di pembaringan, saya menangis kerana saya tidak mampu mengawal perasaan terkilan yang membuak-buak pada masa itu...kerana satu sebab. Saya dihalang melakukan sesuatu yang saya ingin lakukan yang selama ini saya usahakan dan saya dilarang melakukan aktiviti yang biasa saya lakukan. Bukan setakat dilarang..saya turut difitnah..dicemuh juga. Allah maha HEBAT kerana memberikan saya dugaan yang agak hebat yang mungkin bakal menyempurnakan kekurangan-kekurangan diri ini. Saya berdoa dan menangis dalam sujud agak lama..saya mohon sebanyak-banyaknya...beri saya kekuatan untuk melalui ini andai ini jalannya saya mencapai matlamat yang saya mahukan kerana saya mahu melalui semua jalan yang akan membuka lorong matlamat ke arah kejayaan yang saya hajatkan.




Keep fighting and don't quit. Never ever surrender!!!


Friday, May 3, 2013

Pengalaman bersama orang yang berpengalaman.

Assalamualaikum...

Sumber dari Facebook.


Saya suka sekali berkongsi dengan anda berkaitan dengan kata-kata ini " Minta pendapat kawan atau orang yang pernah ada pengalaman". Kata-kata berupa nasihat ini sering saya gunakan disaat saya mengalami situasi yang amat genting. Mungkin kita cenderung merasa segan untuk meminta pendapat orang yang berkenaan tentang sesuatu perkara yang amat merungsingkan, untuk apa diciptakan orang yang lebih tua dari kita? Untuk apa diperlihatkan kepada kita tentang kejayaan-kejayaan orang lain kepada kita?
Dan untuk apa kita diizinkan untuk merasai kekecewaan, kegagalan, kepayahan hidup?
Semua yang kita pernah hadapi sebenarnya adalah terapi yang sangat luarbiasa bermanfaat untuk kelangsungan hidup.
Orang-orang berpengalaman ini tidak perlu dicari ke hujung dunia, kadang-kadang mereka ini ada disekeliling kita cuma kita tidak perasan akan kehadiran mereka. Mereka inilah yang sentiasa memulihkan semangat kita berpandukan kata-kata perangsang dan semua pengalaman yang pernah mereka alami tanpa sebarang bayaran. Diam mereka dikala kita mengatakan sesuatu itu tanda prihatin dan sokongan moral. Beruntunglah dunia yang telah didiami oleh mereka ini. Terima kasih Allah kerana menciptakan golongan manusia yang luarbiasa bagus.

Itulah sebenarnya hikmah yang tersembunyi di balik sesuatu yang pernah berlaku kepada kita. Setiap segala sesuatu yang terjadi kepada kita ada kisah teladan disebaliknya yang sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada mereka yang pernah mengalami situasi serupa yang kita pernah alami.

"Kejayaan adalah milik mereka yang memberikan 100% komitment beserta dengan DOA, TINDAKAN dan ILMU yang tepat, MENTOR yang BAGUS, dan SISTEM yang BAGUS dan BERKESAN."
-Dr. Azizan Osman-

Monday, February 18, 2013

Dari minda ke minda.

Salam bahagia dari saya. Apa khabar hari ini ? Semoga semuanya dalam keadaan baik dan gembira selalu, itu harapan dan doa saya untuk semua.


Saya suka berkongsi tentang prakata yang ditulis oleh Dr. H.M. Tuah Iskandar al-haj. Seorang penulis yang menulis dalam genre  berunsurkan motivasi, penulisannya yang sangat santai dan lebih mudah diterima oleh pembaca. Mari kita sama-sama mengambil teladan daripada prakata yang beliau tulis dalam bukunya yang bertajuk ' Tau Tak Apa '. 

 Manusia jadi musuh pada apa yang dia tidak tahu. Sayangnya kebenaran bukan tak ada, cuma malas nak cari. Sukanya dengar cakap dari sumber yang tidak pasti, padahal sumber sebenar masih hidup. Boleh jugak cari maklumat di internet tapi tak boleh bergantung di situ saja sebab fitnah melampau pun turut disebarkan di situ. Sebaiknya diam saja kalau tak tahu. Selagi tak pasti tak usah komen menghala ke peribadi, sebab bahayanya tidak terampun selagi tiada pengampunan daripada orang yang diperkatakan itu. Kalau betul-betul tahu, tak apa. Masalahnya tahu sikit-sikit, selebihnya tokok tambah untuk menyedapkan cerita. Sayangi bangsa anda - ia bukan dilemahkan oleh orang lain, tapi oleh bangsanya sendiri.

 Begitulah serba sedikit prakata yang beliau lampirkan yang mana anda juga mungkin pernah mengalami situasi pernah diperkatakan atau masih diperkatakan sehingga hari ini. Saya yakin semuanya berlaku atas izin-Nya dan ianya pasti tersembunyi  banyak hikmah yang anda sendiri tidak mampu tafsirkan. Semoga anda sentiasa diberi kekuatan menghadapi dugaan yang berat ini. Semoga perkongsian ini  memberi manfaat untuk kita bersama.


Kegagalan pun mungkin menjadi suatu hal penting untuk menjamin kejayaan yang tidak ternilai harganya.
                          - Sumber dari kata-kata Motivasi - 

Wednesday, February 13, 2013

Negatif vs Positif.

Salam luar biasa bagusss dari saya. Saya baru selesai menelefon pelanggan yang sangat teruja mengetahui lebih lanjut tentang CDI. Dia yang saya maksudkan ialah salah seorang kenalan dari Facebook. Itulah kelebihan dan kemudahan yang boleh kita gunakan hari ini, hanya melalui laman Facebook kita sudah boleh memberi perkongsian maklumat bermanfaat di samping memudahkan kerjaya kita dengan syarat kita mengaplikasikan kemudahan yang ada ini dengan cara yang sebaik-baiknya. Semuanya pasti akan mengembalikan semula manfaat yang tidak terkira kepada kita tanpa disangka-sangka. Semua laman ini ( facebook dan blog) telah banyak membantu kerjaya saya dalam CDI.






Saya pernah berfikiran negatif hampir semua perkataan awal diatas. Masih belum terlambat untuk merubah pendirian dan pengaruh negatif yang bermaharaja dalam minda kita. Mari kita mulakan langkah dan perubahan positif mulai hari ini untuk merealisasikan impian-impian besar kita itu. Semoga semuanya dipermudahkan dan kita sentiasa diberi kekuatan meneruskan langkah yang telah kita mulai. Amiiin.

When something seems impossible, remember that for the Almighty it is simple & easy. Call out to Him truly & witness the great miracle!  
                       ~ Kata-kata perangsang oleh Riza Mae - Mentor CDI Sabah. ~
                                                                                          

Wednesday, February 6, 2013

Kursus GSO mencetus kemantapan motivasi.


Salam bahagia dan penuh semangat hari ini. Saya tidak sempat meng'update' blog ini beberapa hari kerana kesibukan yang sangat-sangat berbaloi. Terima kasih Allah diatas semua yang telah Engkau rencanakan untuk hamba-Mu ini. 

Jom kita terjah suasana penuh semangat yang turut saya sertai  bersama semua mentor CDI dan semua sahabat yang sangat bersemangat sepanjang mengikuti kursus GSO (Getting Started Orentation) Zon Sabah yang telah diadakan pada 3 Februari 2013.





Segmen Detailed Bussiness Plan...Mantap!!! Posisi saya - Tudung merah..


Segmen penerangan produk oleh Mentor saya Cik Suzelah Roslan. Luar biasa..

Speaker yang berjaya mencetus semangat para peserta kursus, Cik Verone Lawrence.

Ada beberapa segmen lagi yang sangat-sangat membuka minda saya pada hari itu. Segmen yang dijayakan oleh Mr. Iskandar, Mr. Harry Micheal dan Cik Riza Mae, cuma saya tidak sempat menyimpan imej mereka disini. Maklumat yang mereka sampaikan sangat-sangat melekat di minda saya sehingga hari ini. Suatu cetusan motivasi yang mencetus satu fenomena luar biasa hebat. 


Mentor CDI - Riza Mae. Mencetus fenomena luar biasa melalui Segmen Declaration. 





Segmen Declaration yang diberikan oleh Cik Riza Mae. Suasana yang mencetus fenomena luar biasa pada hari itu. Masih terkesan kata-kata pengishtiharan yang kami ucapkan pada hari itu..sehinggakan saya sendiri tidak mampu melelapkan mata pada malam itu gara-gara penangan pengishtiharan yang saya sebutkan..motivasi yang menjentik semangat juang yang luar biasa.




Seisi bergambar bersama. Semangat!!!



Satu cetusan emosi dan kata-kata perangsang kejayaan yang diberikan oleh semua mentor CDI telah menambah kemantapan semangat juang saya dalam arena perniagaan. Terima kasih Allah kerana menyalurkan mereka ini dalam susur jalur perjalanan saya menjana kejayaan. Alhamdulillah.


Merasa bangga dengan kejayaan insan-insan tertentu lebih menyemarakkan motivasi kerana kejayaan mereka itu lebih mengandungi nilai-nilai motivasi yang mampu menginspirasikan setiap langkah untuk meraih kejayaan hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay