Pages

Sunday, December 30, 2012

Kisah kejayaan 1

Hari ini saya terpanggil untuk menulis kisah kejayaan seorang sahabat merangkap adik angkat saya sejak di bangku sekolah lagi.
Beliau yang saya maksudkan ialah cik Suzelah Roslan.
Mungkin anda pernah terbaca tentang kisahnya yang pernah saya tulis di halaman sebelumnya. Beliau juga yang telah memperkenalkan saya tentang kerjaya luar biasa bagus dalam CDI.




Kedai serbaneka.

Menurut cerita sahabat saya ini, dahulu sebelum beliau berkecimpung dalam arena perniagaan yang diceburinya sekarang, beliau hanyalah bekerja di Guardian sebagai promoter. Pendapatannya dalam sebulan hanya mencecah RM500. Hinggalah pada suatu hari ada seorang rakan sekerjanya memperkenalkan kepadanya tentang peluang kerjaya di Creative Dreams ini. Beliau berkata, selepas mendengar penerangan tentang peluang yang boleh dicapai dalam perniagaan ini beliau terus mengambil keputusan untuk menghantar notis berhenti kerja dari Guardian.

Bermulalah episod baru beliau mengorak langkah kejayaan dalam peluang kerjaya yang baru beliau terajui. Setelah beberapa ketika beliau berjuang mencipta kedudukan dalam kerjaya yang dipilih oleh beliau sendiri, beliau pernah dicemuh dengan kata-kata tohmahan dari mereka yang tidak memahami perjalanan kerjayanya ini. Tapi bagi beliau itulah pembakar semangat yang memandu kepada kejayaan yang telah beliau kecapi sekarang. Kini beliau telah berjaya memperlihatkan kejayaan yang dicetuskan melalui Creative Dreams International ( CDI ). Beliau adalah antara duta yang diberi kepercayaan oleh Presiden CDI untuk memperkenalkan peluang kerjaya dalam CDI secara terbuka di Sabah. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah Rm15 ribu. Pendapatan yang sangat-sangat memberangsangkan.

Senyuman seorang pejuang.




Antara pencapaian beliau dalam CDI




Antara anugerah yang diterima.




Antara pejuang-pejuang CDI yang telah berjaya.



Ingat lagi saya menulis kenyataan di bawah. Beliaulah yang saya maksudkan.

 Ada kisah benar mengalami kegagalan, tapi orang yang telah gagal ini telah berusaha lagi, mencuba lagi dan akhirnya dia menjadi salah seorang yang sangat berjaya kini. Ada orang seperti ini. Betul-betul wujud. Mungkin anda juga pernah menemui orang seperti ini. 



Beliau juga seorang yang sangat komited dalam kejayaan. Itu sikap beliau yang amat saya kagumi. Mana mungkin beliau mampu mencapai pencapaian yang membanggakan ini jika beliau tidak memberikan komited yang terbaik dalam perjalanan kerjayanya dalam CDI. Betul kan.


Hasil kreativiti beliau.


Kita bebas untuk memilih sesuatu bidang yang mampu menjana kejayaan kepada kita. Anda setuju? Sahabat saya ini sudah berjaya dalam kerjaya pilihannya sebab beliau yakin setiap orang mampu merasai kecemerlangan dalam kerjaya dengan syarat dilengkapi dengan usaha keras. Semoga kisah perjuangan dan kejayaan beliau mampu mencetus semangat saya dan juga anda semua untuk mengorak langkah perubahan bagi menjana kejayaan yang luar biasa.

Biarkan mereka.

Salam kasih sayang. 
Semoga insan-insan yang kita sayangi berada dalam situasi yang menggembirakan. Semoga saja kita juga mampu mencetus kegembiraan untuk diri kita sendiri biarpun kita diselubungi kepedihan yang teramat sangat.


Suatu kesedihan dan kepedihan yang kita alami itu adalah dengan izin dari Allah S.W.T. DIA Maha tahu kita mampu mengatasi derita hati kita itu lantas kita diuji dengan begitu hebat. Berdoalah pada-Nya untuk penyembuhan hati. Hanya DIA yang Mampu mengubati hati ini. Semuanya telah diatur dalam sesuatu tempoh. Bukan selama-lamanya kita merasai dugaan sebegini. Semua pasti ada akhirnya. Lihat saja kehidupan kita, pasti ada akhirnya. Sesudah mengandung pasti melahirkan, sesudah susah pasti senang, sesudah sedih pasti gembira. Semuanya dalam tempoh yang telah ditentukan. Kita pasti berjaya melalui tempoh ini dengan syarat kita juga bersabar dan ikhlas dalam kesabaran.


Pasti terjadi suatu insiden yang kita ingin jauhi tapi ianya tetap terjadi ke atas kita. Bukan kita yang memilih insiden itu, tapi insiden itu dipilih untuk kita rasai agar kita lebih kuat dan tabah mendepani dugaan-dugaan, penindasan orang dan tohmahan-tohmahan  kesat yang mendatang. Ikhlaskan hati untuk bertahan. Semuanya pasti dibayar dengan sesuatu yang kita tidak sangka-sangka pada suatu hari nanti.




Saya menerima semua ketentuan yang terjadi dalam kehidupan ini dengan ikhlas. Apapun orang perkatakan tentang saya, tentang perjuangan saya, tentang tindakan saya, biarkanlah mereka. Hanya saya yang tahu apa yang saya mahukan. Apa-apa yang telah saya rencanakan adalah ilham dari Yang Maha Tahu. Allah lebih Tahu apa dihati ini.Semoga saja apapun yang telah dan sedang saya alami merupakan penguat jiwa dan hati ini. 


Saya tidak mampu memuaskan hati semua orang. Saya sedar saya juga manusia yang banyak kekurangan. Dengan kekurangan itu pula saya 'diperkatakan'. Kalau diibaratkan luka, ianya luka yang sangat dalam dan rasa sakitnya tidak terperi akibat dari 'diperkatakan' mereka. Biarkan mereka dengan agenda mengata, maklum mereka juga manusia biasa, mungkin mereka juga sedang dalam dugaan yang berat. Biarkanlah.

Allah tahu kemampuan kita setakat mana. Allah tidak akan menguji hamba-NYA diluar kemampuan hambanya. Boleh jadi ujian itu merupakan kifarah pada dosa-dosa kita yang terdahulu. Dan boleh jadi juga ujian itu untuk menaikkan darjat kita di akhirat kelak.

Saturday, December 29, 2012

Idola Malaya

Salam bahagia dari saya. Semoga anda semua sihat walafiat disamping keluarga tersayang.

Hari ini saya suka berkongsi tentang seorang motivator, juruam, kolumnis dan penulis yang banyak memandu saya merealisasikan cetusan motivasi ini. Saya ibaratkan beliau seorang penulis yang serba boleh, sangat komited, dedikasi dan antara insan yang boleh dijadikan idola. Kalau anda perasan setiap mutiara kata yang saya tulis di hujung coretan, saya petik dari mutiara kata yang beliau tulis dari helaian buku-buku beliau. Beliau yang saya maksudkan ialah Dr. HM. Tuah Iskandar. 



Sumber inspirasi


Nama sebenar : Tuah Fadilah Ithnin
Nama samaran : H.M Tuah Iskandar
Nama isteri : Zanariah Sheikh Ahmad.
Tarikh Lahir : 13 Mac 1960.
Warna kegemaran : Kuning
Idola : Nabi Muhammad s.a.w.
Hobi : Cemerlangkan orang yang sudi cemerlang bersama saya. Saya juga suka menulis, semua jenis genre.
Falsafah hidup : Buat semua perkara dengan suka semua perkara akan jadi mudah, buat semua perkara dengan menyampah semua perkara jadi susah. Falsafah saya dalam keadilan hanyalah mahkamah akhirat.

Sumber : Cetakan ke-3.



Antara buku-buku tulisan beliau yang luar biasa bagus dibaca.


Beliau merupakan Pengarah Urusan dan Pemilik TIGA PENYELESAIAN LATIHAN & EXTRA, Gallery 3E, SUITE 3E, 3E ACADEMY dan 3E BIOinsaniah Kem. Kolumnis untuk Kumpulan Karangkraf majalah, motivasi TV3, TV1, TV9, TV7, Astro Ria, Astro Awani, Selangor FM, Radio24, Klasik Nasional FM, Suria FM, Wanita FM, Muzik FM, Nasional FM, TV Alhijrah, Melaka FM, Asyik FM dan Salam FM.

Antara pencapaian tertinggi beliau :

* Anugerah Belia Negara 1999 dari Kerajaan Malaysia.
* Orang Cemerlang Anugerah Abad ke-20 2000 dari Pusat riwayat  Antarabangsa, England.
* Anugerah 2000 Pencapaian dari Amerika riwayat Institute, Raleigh, Amerika Syarikat.
* Buku Kebangsaan Terbaik Anugerah dari Kerajaan Malaysia, 1994.
* Anugerah Darul Ta'zim dari Kerajaan Johor Takzim bagi tahun 1999, 2000, 2001 & 2005.
* Dilantik ke Lembaga Penyelidikan Penasihat 2000 oleh Yayasan AU, BVI, UK.
* Ahli Majlis Penasihat Ansted University, BVI, UK.
* Anugerah Berita Harian-POPULAR 2008.
* Finalis Anugerah Berita Harian-POPULAR 2009.
* Calon untuk Anugerah Panglima Mahkota Wilayah, anugerah gelaran Datuk daripada Raja, DYMM Pertuan Agong 2010.
* Anugerah Buku Negara 2012.
* Anugerah Perdana Za'aba 2012.
* Anugerah Tokoh Penulis 2012.
* Anugerah Pengarang Terbaik 2012.


Anda boleh layari link ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah kehidupan beliau yang memberi banyak inspirasi : http://www.drtuah.com/about-bio.html

Begitulah serba ringkas sejarah dan biografi beliau yang saya mampu kongsikan hari ini buat tatapan semua. Mari kita sama-sama memacu kecemerlangan dan kejayaan yang luar biasa berpandukan kaedah-kaedah bermanfaat dari beliau. Semoga kita mendapat manfaat dengan perkongsian maklumat yang saya paparkan pada  hari ini.  

Friday, December 28, 2012

Pernah hidup susah?

Kita melihat kesusahan hidup itu dari pelbagai sudut pandangan.
Ada yang merasa susah disebabkan kegagalan demi kegagalan yang dialami. Ada juga merasa susahnya menghadapi kehidupan kerana tiada sokongan daripada insan-insan yang sepatutnya memberi sokongan kepada kita. Ada juga yang merasa susah kerana kesusahan yang dilakukan oleh orang lain. Dan seringkali juga kesusahan itu dilakukan tanpa sedar oleh kita sendiri. 

Kita mempunyai pilihan untuk keluar daripada kesusahan yang kita alami. Tiada siapa yang mahu mewariskan kesusahan yang pernah dialami kepada keturunan yang akan datang pada kehidupan seterusnya, apatah lagi jika kesusahan itu ternyata kita mampu mengatasinya melalui beberapa kaedah yang ada. Saya kongsikan beberapa kaedah yang mungkin berguna dan boleh digunakan sebagai langkah-langkah menangkis kesusahan yang kita alami.



Antara kaedah yang sangat bermanfaat.


Teringat saya pada soalan yang pernah ditanya oleh guru kelas ketika saya menuntut di tingkatan tiga. 
"Apa cita-cita kamu ?" Soal cikgu.
"Saya mahu jadi antara orang yang paling kaya!" Jawab seorang rakan sekelas penuh semangat.
"Hahahaha..." Kedengaran suara riuh beberapa rakan sekelas mentertawakan jawabannya.
"Kenapa mahu jadi kaya ?" Tanya cikgu inginkan kepastian.
"Sebab saya tidak mahu lagi emak saya menjual di pasar. Saya mahu bantu keluarga saya. Biar emak duduk saja dirumah. Saya tidak sanggup lagi melihat emak saya susah. " Jawab rakan saya itu lagi.
"Kalau kamu sudah capai cita-cita tersebut, apakah benda pertama yang anda akan beli ?" Soal cikgu lagi. 
Suara riuh tadi yang mentertawakannya tidak kedengaran lagi.
"Saya akan beli kereta sebab emak selalu naik bas jika hendak ke mana-mana. Selama ini emak selalu bersesak dalam bas, jadi dengan adanya kereta itu, emak pasti duduk selesa jika hendak kemana-mana." Jawabnya dengan panjang lebar.
"Syabas, semoga cita-cita anda tercapai. Berusahalah lebih giat lagi  untuk mencapai cita-cita anda." Cetus cikgu penuh memberi semangat.

Setelah tiga tahun berlalu, satu kejutan yang amat mengejutkan saya. Rakan saya itu telah berjaya membeli kereta jenis Honda Civic berwarna biru. Dia juga satu-satunya rakan seusia saya yang paling muda memegang jawatan di sebuah bank. Dia yang saya maksudkan ialah jiran sebelah rumah saya. Walaupun cita-citanya pernah ditertawakan oleh rakan sekelas tapi setidak-tidaknya dia telah berjaya merealisasikan cita-citanya menjadi kenyataan. Kata jiran saya, tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kena cara kita mengemudi cara-cara itu. 

Semoga kisah ini menjadi pencetus semangat dan dijadikan teladan kepada kita untuk menjana kejayaan. 

Biasanya orang yang prihatin tentang keluarga, ingat keluarga, tak akan kandas.  -Dr. HM. Tuah Iskandar -            

Thursday, December 27, 2012

Pencetus motivasi.

Hari ini saya kongsikan lagi kata-kata motivasi yang beliau sering katakan di setiap seminar beliau untuk membina motivasi.






Kemampuan kita memahami fitrah kehidupan itulah yang akan memacu kita untuk memenuhi kredibiliti kita menghadapi cabaran dalam kehidupan ini.




"Ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada seseorang individu sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor lain seperti kepimpinan, pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan kejayaan, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi." - Dato' Maznah Hamid.


Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Aku sentiasa bersyukur dan akan menjadi lebih baik dari semalam” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan :
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda dengan sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2.Lakukan senaman. 


3.Senyum :
Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif :
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan InsyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5.Dapatkan tidur yang cukup :
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang    :
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas:
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8.Lakukan perubahan :
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9.Cari hobi baru :
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru.

10. Bertegas :
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Sumber : Facebook rasmi Dato' Dr. Maznah Hamid.

Inilah serba sedikit perkongsian dari beliau yang banyak memberi semangat kepada saya. Setiap orang punya cara untuk mencipta motivasi untuk komited kepada sesuatu kejayaan. Saya abadikan cetusan semangat beliau dalam laman blog saya untuk tatapan harian saya. Andai ini memberi manfaat kepada anda, silakan dijadikan sumber motivasi untuk membina semangat anda. 

Mutiara kata.

Salam bahagia. Apa khabar hari ini? 
Semoga anda dalam suasana yang lebih baik dari khabar kelmarin.



Luar biasa bagus.



Suatu hal yang saya kagumi dan saya sering jadikan sumber motivasi ialah dengan melihat kejayaan orang-orang yang telah mencapai kejayaan dan kejayaannya itu diiktiraf di mata dunia. Salah seorang yang saya jadikan sumber motivasi dan teladan ialah Datuk Dr. Maznah Hamid. Pasti anda juga mengenali beliau sebagai Ironlady Malaysia kerana beberapa pencapaian beliau yang sangat menginspirasikan siapa saja yang mengenali dan mengikuti perjalanan kejayaan beliau.


Sumber inspirasi.


Saya suka kongsikan mutiara kata yang beliau selalu katakan di setiap segmen motivasi yang beliau anjurkan. Mari kita baca sama-sama.


5 MUTIARA KATA DARI BELIAU  :

1) Jadi wanita cantik kadang-kadang sulit. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul-betul cinta padanya.

2) Bersedekah kepada orang miskin, itu bererti satu sedekah sahaja. Sementara bersedekah kepada kaum kerabat, itu bererti dua sedekah ; iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.

3) Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

4) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

5) Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan kita akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan kita akan mencapai yang tertinggi.




Semoga perkongsian hari ini membawa manfaat untuk kita semua menghadapi relung dan liku-liku perjalanan yang mendatang.


Sumber : Facebook rasmi Dato' Dr. Maznah Hamid.

Maklumat tentang kanser


Menurut kajian, semua orang secara semulajadinya memiliki sel kanser dalam tubuh. Hanya yang membuat seseorang menghidap  dan menderita kanser dengan serius adalah tahap keaktifan sel kanser tersebut dalam tubuh badan. Keaktifan sel kanser ini pula disebabkan gaya hidup dan persekitaran serta penambahan penduduk yang meningkat usia.

Perlu kita ketahui bahawa sebab sebenar kejadian pelbagai jenis kanser tidak diketahui. Hampir 90% daripada kanser dikaitkan dengan alam sekeliling dan cara hidup.

Antara faktor-faktor risiko kanser ialah :

  • Merokok menyebabkan kanser paru-paru.
  • Makanan yang tinggi kandungan lemak dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.
  • Pengambilan makanan diawet dengan garam, bersalai dan jeruk bernitrit yang berlebihan dikaitkan dengan pelbagai kanser.
  • Melakukan hubungan seks pada usia muda dan dengan pasangan yang ramai dikaitkan dengan kanser servik.
  • Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan secara berterusan menambahkan risiko kanser mulut, farinks dan esofagus dan juga kerap dikaitkan dengan kanser hati.
  • Mengunyah sirih atau tembakau dikaitkan dengan kanser mulut.
  • Jangkitan virus hepatitis B mendedahkan seseorang kepada kanser hati.
  • Pendedahan kepada agen kaesinogen di tempat kerja dan alam sekeliling dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.

Tanda-tanda awal kanser :
  • Pendarahan dari faraj yang berlaku antara tempoh haid atau selepas haid.
  • Benjolan pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara.
  • Perubahan pada amalan membuang air besar.
  • Benjolan di leher yang tidak wujud sebelum ini.
  • Pendarahan yang luar biasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga yang berdengung.
  • Ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau tompok-tompok putih dan merah di mulut.
  • Suara garau lebih dari dua minggu.
  • Sakit atau ketidakselesaan pada perut yang berterusan.
  • Batuk berterusan dan kahak berdarah.

Peringatan :

* Jika anda mengalami tanda-tanda ini, tidak semestinya kanser.

* Anda harus berwaspada. Jika tanda-tanda ini berterusan lebih dari dua minggu, anda harus berjumpa doktor anda dengan segera.

6 sumber semulajadi yang baik untuk diamalkan bagi mencegah dan menentang kanser :



Sayur kekacang mencegah kanser payudara dan kanser kolon.





Bawang putih mencegah kanser payudara, kanser kolon, kanser esofagus, dan kanser perut .





Kacang walnut mampu mencegah kanser payudara dan kanser prostat.





Broccoli mampu mencegah kanser payudara, kanser hati, kanser paru-paru, kanser prostat, kanser kulit, kanser perut, dan kanser pundi kencing.



Tomato membantu mencegah kanser endometrium, kanser paru-paru, kanser prostat, dan kanser perut.





Buah Beri membantu mencegah kanser kolon, kanser esofagus, kanser mulut, dan kanser kulit.



Pengesanan awal kanser bersama-sama dengan rawatan yang segera boleh menyelamatkan nyawa anda.

Sumber : Majlis Penasihat Wanita Sabah.
                      Buku Kesihatan Wanita 2003.

 Buku Food to Fight Kanser tulisan DR. Richard Béliveau.

Kasih sang ayah.

Salam bertemu lagi.
Anda mungkin tidak mengenali insan ini tapi cukuplah perkongsian hari ini mampu mencetus kesedaran kepada kita yang dianugerahkan kesihatan yang elok untuk menghadapi kehidupan dengan lebih bermakna.

Teo Vik Sean ialah seorang insan yang menghidap penyakit kanser otak. Menurut puan Cho, ibu kepada Teo Vik Sean, tidak pernah sehari pun dia dan suami merasa beban menjaga anak sulungnya itu yang telah disahkan menghidap penyakit yang sangat kita digeruni.





Apa yang membuat hati saya hiba apabila mendengar pengakuan ayahnya. Ayahnya berkata berbaur hiba andai saja penyakit yang dideritai anaknya boleh ditukar kepadanya, ayahnya sanggup jadi pengganti menanggung derita sakit yang dideritai anaknya. Sangat mengharukan sesiapa saja yang mendengar keluhan sang ayah. Ibunya pula berkata, suaminya itu walaupun kurang mengekspresikan perasaan sayangnya di hadapan anak mereka tapi dari kata-kata itulah dia tahu bahawa suaminya begitu menyayangi anak lelakinya itu.

Sumber : Shinchew Daily.

Kasih ibu sampai ke syurga. Kasih ayah sepanjang hayat.




Monday, December 24, 2012

Lagu semangat



Siapa pernah dengar lagu ini?
Best kan..Saya suka lirik dan melodi ini.
Cetusan semangat untuk hari ini.


Lirik Yovie & His Friends Wae Wa E O (Kita Bisa)


Wae wa e o, wae wa e o, wae wa e o, wae wa e o
Wae wa e o, wae wa e o, wae wa e o, wae wa e o
Aku di sini kau di sana, tak menghalangi jiwa kita
Dalam hangatnya sang mentari satukan jiwa dan hati
Berpegang tangan dalam mimpi yang sama
Dan tunjukkan kepada dunia
Kita bisa, kita pasti bisa
Kita akan raih bintang-bintang
Kita bisa jadi yang terdepan
Bersatu bersama dalam satu irama
Terbang meraih kejayaan, kita bisa!
Wae wa e o, wae wa e o, wae wa e o, wae wa e o
Menang kalah bukan masalah
Persahabatanlah yang terhebat
Senyuman hangat takkan terlupakan
Dan tunjukkan kepada dunia
Kita bisa, kita pasti bisa
Kita akan raih bintang-bintang
Kita bisa jadi yang terdepan
Bersatu bersama dalam satu irama
Terbang meraih kejayaan, kita bisa!
Kita bisa, kita pasti bisa
Kita akan raih bintang-bintang
Kita bisa jadi yang terdepan
Kita bisa, kita pasti bisa
Kita akan raih bintang-bintang
Kita bisa jadi yang terdepan
Bersatu bersama dalam satu irama
Terbang meraih kejayaan, kita bisa!
Kita pasti bisa, kita akan raih bintang-bintang
Kita bisa jadi yang terdepan
Bersatu bersama dalam satu irama
Terbang meraih kejayaan, kita bisa!
Kita pasti bisa, kita akan raih bintang-bintang
Kita bisa jadi yang terdepan
Bersatu bersama dalam satu irama
Terbang meraih kejayaan, kita bisa!
Wae wa e o, wae wa e o

Sumber :  courtesy of LirikLaguIndonesia.Net 

Kadang-kadang lagu pun boleh dijadikan sumber motivasi kalau kena caranya.


Sunday, December 23, 2012

Semua boleh berjaya.


Salam bertemu lagi.
Saya suka berkongsi kisah benar ini. Saya suka mencari kisah hidup orang-orang yang telah berjaya. Saya abadikan pula kisah kejayaan mereka ini di laman blog ini untuk dijadikan sumber bacaan kita semua. Dengan harapan kita semua terinspirasi dengan kisah dan perjalanan mereka dalam menempah kejayaan.

Semalam saya sempat melihat sedikit kisah kejayaan insan ini dalam ulasan berita perdana di saluran tv3. Kisah usahawan berjaya yang dilahirkan pada tahun 1970 di Pulau Pinang. Beliau ialah Ahmad Faresh bin Ahmad Hamid. Seorang insan yang saya ingin kongsikan ini ialah insan yang dikategorikan dalam OKU ( orang kurang upaya ), mengalami lumpuh kaki kiri sejak berusia 5 tahun akibat daripada demam panas. Tapi bagi saya, walaupun beliau dilihat sebagai insan OKU tapi beliau tetap berkeupayaan menghasilkan kejayaan setanding dengan orang yang berupaya, insan berupaya seperti kita.


Bersama PM kita, Dato' Sri Hj. Mohammad Najib bin Tun Hj. Abdul Razak ketika pelancaran bilik pameran kereta Perodua di Taman Wahyu Jaya, Kuala Lumpur.


Pengarah urusan Faresh Motor (M) Sdn.Bhd, Ahmad Faresh Ahmad Zahid sempat berkata bahawa kejayaannya pada hari ini berkat sokongan kuat dari keluarga dan rakan-rakannya. Menurut beliau, sebelum dia berjaya menubuhkan bilik pameran kereta mesra OKU,  beliau pernah bekerja selama 20 tahun dalam penjualan kereta terpakai dan  pengalamannya inilah yang mencetuskan beliau membuka bilik pameran. Pencapaian yang sangat menginspirasikan saya, beliau adalah penerima anugerah Usahawan belia selama  dua tahun berturut-turut.



Bilik pameran yang dilengkapi kemudahan golongan OKU.



Motivasi hari ini ialah untuk kita terus menjana kejayaan dalam apa juga bidang yang benar-benar kita minati. Lihat saja insan OKU mampu menjana kejayaan dan lihat pula kita yang berkeupayaan. Kalau OKU boleh, sudah pastilah kita juga boleh. Malahan mampu lebih lagi andai kita benar-benar berusaha. Anda setuju? Inilah cabaran sebenar kita, tidak lain ialah diri kita sendiri. Mari kita mencabar diri kita untuk meraih kejayaan dalam apa-apa pun bidang yang sudah dan sedang kita terajui.






Kalau mahu, seribu jalan. Malahan mampu melihat sejuta jalan untuk mencipta kejayaan. Apa yang kita perlu lakukan ialah berani menggunakan keupayaan diri dan mencetuskan keupayaan itu menjadi langkah permulaan pada momentum yang seterunya.

Friday, December 21, 2012

Kisah benar penuh iktibar



Salam bahagia.
Perkongsian hari ini kita menelusuri kisah semangat waja para manusia yang luar biasa memiliki semangat hati dan motivasi tinggi  untuk meneruskan hidup seharian.
Kisah hidup sebegini jarang-jarang kita dengar dan lihat depan mata.
Mereka anak-anak harapan keluarga yang mampu berdikari tanpa bantuan sesiapa. 
Mari kita sama-sama mendoakan mereka agar sentiasa diberi kekuatan menghadapi dugaan apa pun di dunia ini.
Mari kita jadikan semangat motivasi dan semangat juang mereka sebagai pencetus motivasi kita untuk terus menakluk kejayaan dalam apa juga bidang yang kita ingin ceburi.


Jangan fikirkan yang menghalang lebih besar dari apa yang nak dicapai. - DR. HM Tuah Iskandar al-Haj - 

Thursday, December 20, 2012

Kaedah berhenti minuman berkafien



Salam kasih sayang.
Perkongsian hari ini tentang bagaimana cara untuk berhenti mengambil minuman berkafien. Sepertimana yang kita tahu, kafein ini tidak baik untuk kesihatan kita. Saya memang penggemar minuman yang mengandungi kafein iaitu nescafe. Kalau sehari tidak minum nescafe seolah-olah hari itu tidak sempurna, terasa ada kekurangan. Pernah saya kehabisan nescafe, macam-macam simptom yang saya rasai. Rasa stress sangat, pening kepala dan banyak perkara yang saya lupa hendak buat dalam sehari tu. Sehinggakan hampir semua jenama minuman yang mengandungi kafein pernah saya minum.

Pernah saya utarakan masalah saya ni kepada dokter. Katanya banyakkan minum air dan makan buah-buahan. Bila terasa saja keinginan untuk minum, cepat-cepat makan buah. Apa-apa buah pun boleh. Saya pernah amalkan tapi masih gagal. Hampir saja saya mengalami sakit gastric yang amat teruk kerana kesan dari tabiat saya.

Suatu hari, sebulan lepas saya terbaca satu artikel di salah satu halaman  dalam sebuah majalah tentang satu kaedah untuk berhenti merokok. Menurut artikel tu, buah pisang boleh membantu mengurangkan kecanduan merokok. Jadi saya pun tergerak hati nak mencuba kaedah ni. Kalau ketagihan nikotine boleh dibantu dengan kaedah ini kenapa ketagihan kafien tidak boleh? Itulah pertanyaan saya sejak terbaca artikel itu. Masih saya ingat, tiga hari selepas saya amalkan kaedah itu, saya dapat rasakan keinginan saya untuk minum minuman berkafein berkurangan. Kaedah ini sangat-sangat membantu saya. Saya sangat-sangat bersyukur menemui artikel itu. Terbuka hati saya untuk mencuba kaedah itu. Sebenarnya sudah terlalu lama saya ingin membuang tabiat ini. Dan akhirnya saya berjaya. 

Semoga kaedah ini boleh membantu anda juga. Selamat mencuba.

Rupanya coklat pun mengandungi kafien.



Wednesday, December 19, 2012

Kata-Kata Motivasi




Salam luar biasa positif dari saya.
Saya masukkan entri ini kerana hanya dengan cara ini saya boleh mengupdate blog saya untuk tatapan semua.
Setelah berhari-hari saya tidak boleh sign in melalui setting laman  blog. Hampir dua minggu. Tapi melalui youtube dapat pula. Hanya login melalui youtube. Kesian kan. Cubaan. Ini bukan main-main, ini betul-betul kejadian. Mungkin ada sesetengah widget atau yang berkaitan telah mengganggu sistem dalam setting blog saya agaknya. Betul-betul cubaan.

Hampir semua perkara di dunia ini membahagiakan.
                                - DR. HM Tuah Ithnain Iskandar -


Kata-kata emak.



Melihat kisah ini mengingatkan saya kepada kata-kata emak saya suatu ketika semasa saya masih kecil. Emak selalu berpesan kepada saya agar membiasakan tabiat menghabiskan makanan yang ada dalam pinggan. Masih saya ingat emak menegur penuh hikmah kepada saya " Nasi yang ditinggalkan biarpun sebutir di pinggan akan menangis. Nasi sudah berjanji kepada Tuhan untuk berkhidmat kepada Tuhan dengan cara menjadikan dirinya (setiap butir nasi) dijadikan sumber makanan manusia. Begitu tinggi martabat manusia disisi Tuhan, sehingga sebutir nasi pun mahu berkhidmat kepada manusia, yakni ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa. Jadi jangan tinggalkan walau sebutir nasi, nanti nasi tu menangis, kesian." Kata-kata emak begitu melekat di hati saya sehingga kini. Dan kata-kata itu saya wariskan pula kepada anak-anak saya.

Peringatan untuk saya agar sentiasa mensyukuri segala nikmat telah saya nikmati sepanjang hayat. Nikmat yang tidak terhitung banyaknya.
Syukur alhamdulillah.






Tuesday, December 11, 2012

Paling diingati

Cuba kenangkan kembali saat-saat pertama atau bahasa ringkasnya kali pertama dalam sesuatu perkara yang kita pernah alami dan kekal dalam ingatan kita. Biasanya peristiwa yang paling diingati oleh kaum perempuan ialah kali pertama mengalami proses melahirkan anak atau mengalami keguguran. Walaupun proses ini adalah proses semulajadi tapi ini jugalah saat ingatan pada peristiwa kita yang paling kita ingati.

Bagi kaum lelaki pula ialah saat pertama merasai sakit gigi. Banyak-banyak sakit, saat merasai sakit gigi yang akan paling diingati oleh mereka.

Rupanya minda kita akan menyimpan kenangan atau sesuatu peristiwa itu lebih lama kerana minda kita menyimpan sesuatu peristiwa itu secara paksa. Gambaran pada peristiwa yang menyakitkan itu tidak mahu kita ingati tapi itu jugalah yang sukar kita lupakan kerana peristiwa itu pernah membuatkan kita rasa sangat sakit. Kajian pakar-pakar otak mengatakan bahawa daya ingatan adalah fenomena biologi yang berkait rapat dengan pancaindera penglihatan, bau, kinestesi dan sebagainya. Manakala kajian terakhir menunjukkan daya ingatan dimulai dengan persepsi dan pengalaman.




Walaubagaimanapun, semuanya yang berlaku kepada kita merupakan izin dari Tuhan. Walau sekuat mana hati kita menolak akan sesuatu peristiwa yang kita tidak ingini, tidak kita hajati dan angan-angankan tapi jika sesuatu itu sudah tertulis untuk kita pasti akan kita merasai peristiwa atau kesakitan itu.

Bagi saya semuanya ada hikmah di sebalik yang berlaku kepada kita. Hanya Tuhanlah yang Maha Mengetahui akan sesuatu kejadian.

Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-NYA. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal.
                                      ~ Al-Baqarah, ayat 269 ~




Saturday, December 8, 2012

Pelajaran pertama


Salam bertemu lagi.
Harap semuanya baik-baik dan bahagia hendaknya.
Teringat saya tentang kerenah anak sulung saya ketika dia berumur 3 tahun pertama. Permainan pertama dan juga merupakan pelajaran pertama anak saya ialah batang ais krim. 



Batang ais krim berwarna


Terasa lucu bila anak saya akan mencantumkan batang-batang ais krim ini untuk membentuk huruf-huruf abjad. Tidak cukup dengan batang ais krim yang ada, dia akan beralih kepada jarinya yang mungkil. Pelbagai bentuk yang akan diunjukkan kepada saya dengan menggunakan jari-jarinya yang comel. Kerenah terindah yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.



Bentuk abjad 'W'

Bentuk abjad 'A'

Bentuk abjad ' L '

Bentuk abjad ' I '


Bila dicantum semua huruf yang dibentuk oleh anak saya dalam gembar diatas, perkataan yang terhasil ialah 'WALI'. Anda perasan? Inilah penangan nyanyian kumpulan Wali Band kepada anak saya seawal usianya.


Saya masukkan gambar-gambar anak saya ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk rasa berbangga. Saya hanya berkongsi kisah anak saya bagi mengenang kembali bagaimana indahnya perasaan sangat teruja melihat perkembangan anak memahami pelajaran pertamanya. Saya teruja berkongsi kenangan ini kerana itulah saatnya saya termotivasi untuk memanfaatkan segala idea dan cara untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Apapun boleh digunakan asalkan kita tahu dan mahu memanfaatkannya. Anda setuju?

Sebaik-baik pendidik adalah wanita yang baik dari segi tingkahlakunya dan elok pegangan agamanya.
                                                       - Imam Al-Ghazali -





Friday, December 7, 2012

Tetapan fokus

Salam luar biasa fikiran positif hari ini. Kalau kurang positif, cuba-cubalah bayangkan hal-hal yang positif. Bila berfikiran positif semua benda akan jadi positif. Hati pun akan damai saja. Semua kritikan pun akan bertukar jadi luar biasa kritikan yang membina. 

Mari saya sambung sedikit lagi tentang kisah coretan saya di halaman lepas. Projek serangkai yang saya yakini boleh diterima semua golongan. Rangkaian perniagaan yang saya ingin kongsikan ini dipelopori oleh Tuan K. Thinesh Kumar. Beliau adalah pencetus idea yang mencetus ciptaan luar biasa yang kita kenali sekarang sebagai Portal E-Pembelajaran iaitu Fokus A dan Roony and Pals. Tertubuhnya syarikat Creative Dreams International Sdn. Bhd. ( CDI ) telah membuka peluang keemasan kepada semua yang berminat menjadi perintis di dalam arena perniagaan.Projek serangkai yang diperkenalkan melalui program 'E-LMS' ( Enterprise Learning Management System )  telah dilancarkan dengan jayanya sehingga mendapat sambutan memberangsangkan sehingga ke luar negara iaitu India, Filifina dan Indonesia. Projek ini juga bakal dilancarkan ke negara Brunei Darussalam. 


Melalui ELMS, CDI menawarkan kepada pelajar kebolehan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka dengan mendaftar masuk (login) ke online portal kami. ELMS juga berfungsi untuk mempertingkatkan perkhidmatan tutorial untuk pelajar dimana pelajar dapat mengulangkaji mata pelajaran dan menguasai apa yang telah dipelajari di sekolah. Dengan kata lain, program ini adalah perkhidmatan tutorial online di mana kami menawarkan tuisyen secara online kepada pelajar dan pada masa yang sama kami menawarkan juga potensi untuk ibu bapa menjana kewangan tambahan melalui penjualan produk ini secara “Network Marketing”.
Para pelajar juga boleh belajar dan mendapatkan latihan di dalam semua subjek yang berbentuk objektif dan juga subjektif. Para pelajar juga boleh membuat ujian percubaan (mock test) dan juga ujian sebenar (real test). Prestasi pelajar pada semua prosedur akan direkodkan ke dalam “Result Score Card” di mana ibu bapa boleh mendapatkan akses untuk mendapatkan maklum balas di atas prestasi pembelajaran anak mereka secara online.
-Sumber dari Creative Dreams International Sdn. Bhd.-





Inilah yang saya ingin kongsikan pada hari ini. Peluang perniagaan melalui e-pembelajaran ini bukan sahaja membuka peluang kepada saya untuk menjana pendapatan. Melalui projek luar biasa ini juga dapat membantu anak-anak saya meningkatkan prestasi dalam pembelajaran mereka. 

Kita sebagai ibu bapa yang mengimpikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran sanggup berhabisan duit untuk memberikan yang luar biasa bagus untuk pelajaran anak-anak kita. Betul kan. Kita bekerja sehari suntuk untuk siapa? Fikirkan lagi. Kita berdoa sehari semalam untuk apa? Betul. Kita bekerja sehari suntuk, tidak kira susahnya kerja yang kita galas, hamisnya peluh kita menitis ketika bekerja, tidak lain untuk menyempurnakan keperluan keluarga kita. Kita berdoa sehari semalam, berdoa dengan penuh pengharapan juga merupakan usaha kita untuk memohon kekuatan dari Tuhan supaya kita lebih tabah dan kuat untuk berusaha menjana kebahagiaan hidup. Betul kan. Semua orang pasti inginkan yang terbaik dalam hidup. Belum pernah orang yang berusaha sehabis baik berakhir dengan kegagalan. Pernah jumpa mereka ini? Belum ada. Tidak ada rekod lagi. Pernah dengar tak, ada yang gagal teruk selepas belajar bersungguh-sungguh? Pun jarang-jarang berlaku. Ada kisah benar mengalami kegagalan, tapi orang yang telah gagal ini telah berusaha lagi, mencuba lagi dan akhirnya dia menjadi salah seorang yang sangat berjaya kini. Ada orang seperti ini. Betul-betul wujud. Mungkin anda juga pernah menemui orang seperti ini.

"Kesusahan yang keluarga saya alami sekarang itulah sebab saya untuk terus mahu berjaya dalam hidup...apa pun orang di sekeliling cakap, saya tidak kisah!!..setiap kata-kata yang mereka cakap tentang saya itulah semangat saya..Tiada orang yang boleh mengubah hidup saya kecuali saya sendiri dan Tuhan. Siapa kata orang lain yang tentukan hidup kita? TEMBERANGLAH!..di luar sana lebih banyak orang yang berfikiran negatif berbanding positif..Jadi cuba tanya diri masing-masing?? " Cukupkah apa yang sudah kita ada sekarang?? sudah cukupkah kita balas jasa ibubapa kita?? sudah ada plan untuk masa depan??...kerana SEBAB yang banyak itulah saya teruskan bersama CDI sampai Berjaya!! "
                           - My super Leader, Suzelah Roslan -






Tentang CDI.



Pilihan untuk melaksana itu ada di tangan kita. Tidak kira siapa pun kita, setinggi mana tahap pendidikan kita, yang penting apa yang bakal kita jadi dari hasil pendidikan kita tu. Tidak kira tinggi pangkat kita, kerja jual pakaian online sekalipun,  tidak kira kerja di bahagian mana, jawatan apa, yang jelas apa sumbangan kita terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Jadi untuk tatapan semua sahabat dan semua keluarga tersayang, mari kita setkan untuk rasa puas dalam tindakan kita dan tetapkan fokus apa saja yang bakal kita lakukan. Ingat fokus kita, selagi tidak menyalahi undang-undang dunia, tidak melanggar hukum syarak dan tidak menyusahkan kita atau orang lain, kita bebas melakukan apapun rangkaian perniagaan atau pekerjaan yang kita pilih. 

Saya tidak tulis disini ikut apa yang saya dengar, tapi apa yang saya alami dan depani sendiri. Walaupun saya sedikit terhalang oleh kekangan jadual jagaan anak-anak untuk giat dalam perniagaan ini tapi bukan itu saya jadikan penghalang menerajui perniagaan ini. Bagusnya sistem dalam rangkaian perniagaan ini tidak menuntut masa saya, saya bebas menjalankan rangkaian program saya di mana-mana, pada bila-bila masa sahaja dan sistem yang ada dibantu pula oleh Leaders yang berpengalaman dan sangat dedikasi. Saya sangat menghargai segala tunjuk ajar dan sokongan moral dari rakan perintis dan Leaders of CDI community yang bertauliah. 


- Only for those who REALIZED that money is not everything, but everything needs money. -
                                 - Mr. Harry Micheal ( CDI's Leader )

Wednesday, December 5, 2012

Fokuskan

Selamat bertemu kembali.
Bertemu lagi kita di alam tak nampak, hanya bertemu di alam maya, bukan alam nampak. Hanya di alam blog.

Apa fokus kita hari ini? Fokus kepada hal orang lain, jangan sekali-kali. Nanti kita digelar kaki penyibuk! Jangan marah. Ini kenyataan. Kalau kita sibuk hal orang, ada yang akan kata kepada kita begini " Eh, sang penyibuk jangan asyik menyibuk hal saya, jaga hal kamu sendiri." Berdesing telinga kita ditegur begitu kan. Sakit hati pun ada. Biar orang menyibuk. Jangan kita menyibuk-nyibuk hal orang. 
Yang jelas kita sedang lakukan kerja yang bagus dan tidak menyalahi undang-undang dunia dan agama kita, teruskan saja. Buat tidak peduli dengan cakap-cakap sekeliling kita, fokuskan saja pada matlamat kita, wawasan kita dan cetusan semangat yang kita miliki. Buat sehabis baik sebab hanya kita yang tahu apa yang kita sedang usahakan.

Saya ceritakan satu kisah benar. Kisah benar dari saya sendiri. Bukan kisah rekaan. Ini kisah benar dan betul-betul kejadian. Saya ni memang sedang berkecimpung dalam dunia perniagaan e-pembelajaran. Boleh layari link ini untuk keterangan lanjut. 



Ramai sahabat saya yang sudah berjaya dalam bidang ini. Walaubagaimanapun ramai juga sahabat yang asyik pandang sinis bila saya utarakan kepada mereka tentang perniagaan ini. Ada juga yang kata kepada saya yang saya ni sudah kemaruk untuk cari duit melalui pelaburan yang tidak pasti hujung pangkalnya. Lengkap dengan sindiran-sindiran tajam pun ada. Tapi saya terima semua itu sebagai pembakar semangat untuk terus maju dalam bidang perniagaan yang saya ceburi sekarang. Fokus saya? Buat tidak peduli dengan kata-kata yang tidak mendatangkan faedah. Tetapkan matlamat dan wawasan. Itu saja. Jangan fikir apa akan orang nilai apa yang kita usahakan! Tapi fikirkanlah apa yang  benar-benar kita inginkan dan teguhkan pula pada hati apa yang kita buat bukanlah untuk menyusahkan orang lain.

Semoga ada sesuatu untuk kita renungkan dari kisah benar ini, fikirkan dan ambil pengajaran. Ada sambungan lagi kisah benar ini. Harap anda para sahabat setia dan bersabar dulu untuk halaman seterusnya.

Hidup untuk dinikmati bukan untuk disesali.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay