Pages

Friday, December 28, 2012

Pernah hidup susah?

Kita melihat kesusahan hidup itu dari pelbagai sudut pandangan.
Ada yang merasa susah disebabkan kegagalan demi kegagalan yang dialami. Ada juga merasa susahnya menghadapi kehidupan kerana tiada sokongan daripada insan-insan yang sepatutnya memberi sokongan kepada kita. Ada juga yang merasa susah kerana kesusahan yang dilakukan oleh orang lain. Dan seringkali juga kesusahan itu dilakukan tanpa sedar oleh kita sendiri. 

Kita mempunyai pilihan untuk keluar daripada kesusahan yang kita alami. Tiada siapa yang mahu mewariskan kesusahan yang pernah dialami kepada keturunan yang akan datang pada kehidupan seterusnya, apatah lagi jika kesusahan itu ternyata kita mampu mengatasinya melalui beberapa kaedah yang ada. Saya kongsikan beberapa kaedah yang mungkin berguna dan boleh digunakan sebagai langkah-langkah menangkis kesusahan yang kita alami.



Antara kaedah yang sangat bermanfaat.


Teringat saya pada soalan yang pernah ditanya oleh guru kelas ketika saya menuntut di tingkatan tiga. 
"Apa cita-cita kamu ?" Soal cikgu.
"Saya mahu jadi antara orang yang paling kaya!" Jawab seorang rakan sekelas penuh semangat.
"Hahahaha..." Kedengaran suara riuh beberapa rakan sekelas mentertawakan jawabannya.
"Kenapa mahu jadi kaya ?" Tanya cikgu inginkan kepastian.
"Sebab saya tidak mahu lagi emak saya menjual di pasar. Saya mahu bantu keluarga saya. Biar emak duduk saja dirumah. Saya tidak sanggup lagi melihat emak saya susah. " Jawab rakan saya itu lagi.
"Kalau kamu sudah capai cita-cita tersebut, apakah benda pertama yang anda akan beli ?" Soal cikgu lagi. 
Suara riuh tadi yang mentertawakannya tidak kedengaran lagi.
"Saya akan beli kereta sebab emak selalu naik bas jika hendak ke mana-mana. Selama ini emak selalu bersesak dalam bas, jadi dengan adanya kereta itu, emak pasti duduk selesa jika hendak kemana-mana." Jawabnya dengan panjang lebar.
"Syabas, semoga cita-cita anda tercapai. Berusahalah lebih giat lagi  untuk mencapai cita-cita anda." Cetus cikgu penuh memberi semangat.

Setelah tiga tahun berlalu, satu kejutan yang amat mengejutkan saya. Rakan saya itu telah berjaya membeli kereta jenis Honda Civic berwarna biru. Dia juga satu-satunya rakan seusia saya yang paling muda memegang jawatan di sebuah bank. Dia yang saya maksudkan ialah jiran sebelah rumah saya. Walaupun cita-citanya pernah ditertawakan oleh rakan sekelas tapi setidak-tidaknya dia telah berjaya merealisasikan cita-citanya menjadi kenyataan. Kata jiran saya, tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kena cara kita mengemudi cara-cara itu. 

Semoga kisah ini menjadi pencetus semangat dan dijadikan teladan kepada kita untuk menjana kejayaan. 

Biasanya orang yang prihatin tentang keluarga, ingat keluarga, tak akan kandas.  -Dr. HM. Tuah Iskandar -            

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay