Pages

Sunday, December 23, 2012

Semua boleh berjaya.


Salam bertemu lagi.
Saya suka berkongsi kisah benar ini. Saya suka mencari kisah hidup orang-orang yang telah berjaya. Saya abadikan pula kisah kejayaan mereka ini di laman blog ini untuk dijadikan sumber bacaan kita semua. Dengan harapan kita semua terinspirasi dengan kisah dan perjalanan mereka dalam menempah kejayaan.

Semalam saya sempat melihat sedikit kisah kejayaan insan ini dalam ulasan berita perdana di saluran tv3. Kisah usahawan berjaya yang dilahirkan pada tahun 1970 di Pulau Pinang. Beliau ialah Ahmad Faresh bin Ahmad Hamid. Seorang insan yang saya ingin kongsikan ini ialah insan yang dikategorikan dalam OKU ( orang kurang upaya ), mengalami lumpuh kaki kiri sejak berusia 5 tahun akibat daripada demam panas. Tapi bagi saya, walaupun beliau dilihat sebagai insan OKU tapi beliau tetap berkeupayaan menghasilkan kejayaan setanding dengan orang yang berupaya, insan berupaya seperti kita.


Bersama PM kita, Dato' Sri Hj. Mohammad Najib bin Tun Hj. Abdul Razak ketika pelancaran bilik pameran kereta Perodua di Taman Wahyu Jaya, Kuala Lumpur.


Pengarah urusan Faresh Motor (M) Sdn.Bhd, Ahmad Faresh Ahmad Zahid sempat berkata bahawa kejayaannya pada hari ini berkat sokongan kuat dari keluarga dan rakan-rakannya. Menurut beliau, sebelum dia berjaya menubuhkan bilik pameran kereta mesra OKU,  beliau pernah bekerja selama 20 tahun dalam penjualan kereta terpakai dan  pengalamannya inilah yang mencetuskan beliau membuka bilik pameran. Pencapaian yang sangat menginspirasikan saya, beliau adalah penerima anugerah Usahawan belia selama  dua tahun berturut-turut.



Bilik pameran yang dilengkapi kemudahan golongan OKU.



Motivasi hari ini ialah untuk kita terus menjana kejayaan dalam apa juga bidang yang benar-benar kita minati. Lihat saja insan OKU mampu menjana kejayaan dan lihat pula kita yang berkeupayaan. Kalau OKU boleh, sudah pastilah kita juga boleh. Malahan mampu lebih lagi andai kita benar-benar berusaha. Anda setuju? Inilah cabaran sebenar kita, tidak lain ialah diri kita sendiri. Mari kita mencabar diri kita untuk meraih kejayaan dalam apa-apa pun bidang yang sudah dan sedang kita terajui.






Kalau mahu, seribu jalan. Malahan mampu melihat sejuta jalan untuk mencipta kejayaan. Apa yang kita perlu lakukan ialah berani menggunakan keupayaan diri dan mencetuskan keupayaan itu menjadi langkah permulaan pada momentum yang seterunya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay