Pages

Wednesday, January 16, 2013

Al-Kisah Surirumah..

Semoga sejahtera hendaknya hari ini. Usahakanlah untuk mencetus rasa sejahtera dari dalam hati kita. Perasaan sejahtera itu tercetus dari perasaan gembira yang terbit dari dalam. Semoga itulah kekuatan kita hari ini.

Setelah selesai menyiapkan urusan 'tugasan rasmi' dalam rumah pagi ini, terdetik di hati saya sedang apakah emak mertua saya di kampung? Sedang apakah makcik-makcik dan kakak-kakak saya ketika ini? Sudah makankah mereka atau mereka juga sama seperti saya, dalam keadaan masih mengantuk sudah mengagahkan diri melaksanakan 'tugasan rasmi' seperti kebiasaan. Apa agaknya 'tugasan rasmi' yang saya maksudkan itu? Mari kita lihat beberapa tugasan yang sememangnya dalam lingkungan tugasan seorang yang bergelar wanita iaitu seorang isteri, seorang ibu juga merangkap seorang emak mertua melalui sketsa di bawah.


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! ~~


P/S: Sumber dari Facebook.

Semoga paparan kali ini memberi sedikit kefahaman kepada kita semua bagaimana sebenarnya tugasan rasmi yang digalas seorang isteri dalam intitusi rumahtangga. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay