Pages

Tuesday, January 15, 2013

Perihal impian.

Salam kasih sayang.
Semoga semuanya dalam perlindungan kasih sayang Allah dan makhluk ciptaan-Nya.

Apa perihal impian anda?
Adakah anda pernah menyimpulkan impian-impian anda menjadi satu impian yang sangat besar? Mari fokuskan hari ini impian yang pernah kita tulis dalam dairi, yang pernah kita ungkapkan kepada kawan-kawan kita dan mungkin yang pernah kita bicarakan kepada emak bapa kita ketika usia kanak-kanak. Seingat saya dulu, impian saya mahu membahagiakan emak, bapa dan adik beradik saya. Saya juga pernah menyimpan impian punya baaanyak wang supaya saya boleh membeli rumah yang dekat dengan sekolah, agar saya dan adik beradik tidak perlu tinggal menumpang di rumah orang lain semata-mata memenuhi syarat meneruskan persekolahan dan dengan harapan emak tidak perlu berjalan kaki lagi menjemput saya  kerana masa itu jalan masuk ke kampung belum boleh dilalui kenderaan. Mungkin kerana berlatarbelakangkan hidup susah yang telah saya lalui dalam hidup ini dan asbab kesusahan itulah yang memisahkan kami adik beradik, sehingga suatu hari saya sedar begitu pentingnya wang dalam menjalani kehidupan. Begitulah impian saya yang sangat besar ketika zaman kanak-kanak lagi.

Persoalannya adakah menjadi satu kesalahan jika membina impian seperti impian saya itu?
Bagi anda yang pernah hidup susah, mungkin anda juga pernah berimpian seperti saya. Semoga kita semua mampu menjadikan impian kita itu menjadi kenyataan suatu ketika nanti.







Apa yang boleh saya kongsikan disini adalah bagaimana memperihalkan impian anda menjadi kenyataan berpandukan soalan-soalan yang telah berjaya menjana perubahan saya hari ini.


Dalam Jangka masa 10 tahun :

1. Apakah pekerjaan anda ?
a. Berapakah pendapatan tahunan yang anda impikan?
b. Apakah tahap pengurusan yang ingin anda capai?
c. Berapa banyak tanggungjawab yang sanggup anda pikul?
d. Kuasa autoriti tahap manakah yang anda mahu?
e. Peluang-peluang apakah yang saya tahu dalam kedudukan anda?


2. Keluarga anda.
a. Gaya kehidupan bagaimanakah yang anda mahu berikan kepada keluarga anda?
b. Rumah bagaimanakah yang perlu anda sediakan untuk mereka?
c. Ke manakah kalian akan bercuti?
d. Berapakah simpanan yang perlu anda laburkan untuk pendidikan anak-anak anda?

3. Kehidupan anda.
a. Di manakah tahap anda dalam pengamalan agama anda?
b. Kawan-kawan bagaimanakah yang anda mahu?
c. Kelab apakah yang ingin anda anggotai?
d. Jawatan apakah yang ingin anda pegang dalam masyarakat?

Apa yang saya catatkan diatas merupakan formula-formula yang telah diasaskan oleh Dr. HM. Tuah Iskandar dalam usaha beliau menggarap kejayaan melalui sebuah impian. Formula-formula itulah juga yang memandu saya menjana perubahan diri seusia 18 tahun dan formula-formula ini masih tercatat dalam diari saya. Jadi, adakah anda semua sudah bersedia menjawab soalan-soalan diatas? Sesuaikanlah jawaban-jawaban anda itu mengikut bidang, usia, talent dan minat anda lalu catat di atas kertas. Semoga perkongsian hari ini membawa manfaat untuk kita semua.

Tidak mengapa bersusah-susah dahulu, akhirnya bersenang-senang kemudian. Itu lebih bermakna.


P/S : Lagu sentiasa bertukar dari masa ke semasa mengikut segmen yang diupdate.. Semaiiil=:)

1 comment:

  1. Setiap org perlu ada impian. Hidup tanpa impian samalah seperti hidup tanpa arah tuju. Terumbang ambing. Salam persahabatan dari saya :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay