Pages

Saturday, June 8, 2013

Tersenyumlah.

Perkongsian hari ini saya kongsikan suatu nasihat yang menarik daripada Elbert Hubbard, yang gemar saya renungi dan saya kongsikan disini semoga bermanfaat untuk semua.




Setiap kali anda keluar dari pintu, tariklah dagu anda ke belakang dan angkatlah kepala anda tinggi-tinggi. Isilah paru-paru anda dengan udara pada setiap tarikan nafas sehingga penuh. Biarkan sinar mentari memberi kesan yang sihat kepada anda. Sambutlah rakan-rakan anda dengan senyuman dan usahakanlah supaya sikap peramah anda itu disalurkan kepada orang lain melalui jabatan tangan anda. Jangan disalahertikan oleh sesiapa tentang tindakan anda itu dan jangan menghabiskan masa walau seminit pun untuk memikirkan tentang musuh-musuh anda. Pastikan supaya tujuan anda jelas kelihatan di hadapan anda, dan usahakanlah supaya anda terus maju ke arah tujuan anda itu. Tumpukan fikiran anda kepada perkara-perkara yang baik dan indah, yang ingin anda lakukan. Lambat laun tanpa disedari, anda telah mengambil kesempatan yang diperlukan untuk memenuhi keinginan-keinginan anda itu. Lihatlah keinginan anda: penampilan yang kuat, tampan?anggun dan berguna, dan jika anda tetap melihat gambaran keinginan itu, lama-kelamaan anda akan muncul dengan individu yang anda kehendaki-fikiran yang paling berkuasa. Peliharalah keinginan yang baik-baik dalam fikiran anda. Sentiasalah bersikap tabah, terbuka dan riang. Sesiapa yang memikirkan hal-hal yang baik dan positif, beliau pasti dapat melakukan sesuatu pekerjaan yang KREATIF. Setiap sesuatu yang dilakukan bermula dengan keinginan, dan setiap doa yang dibuat dengan bersungguh-sungguh pasti dikabulkan. Anda akan menjadi seperti apa yang anda inginkan dalam diri anda. Tariklah dagu anda ke belakang, angkatlah kepala anda tinggi-tinggi kerana anda juga mampu melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bermutu.




Senyumlah..tidak perlu kata apa-apa. Senyumlah, dunia pasti turut tersenyum kepada anda.





Jika anda merasa berat dengan masalah-masalah yang anda lalui dan sering terlupa untuk senyum, lihat anak-anak yang masih kecil...lihat ketika mereka memberi senyuman paling manis kepada anda..percayalah anda akan tersenyum secara spontan, malah hati anda akan turut tersenyum tanpa dipaksa. 

9 comments:

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay