Pages

Wednesday, November 7, 2012

Petua dapur 3

Salam bahagia.
Salam pertemuan di alam blog.

Kepada penggemar sup. Ini petua yang saya kongsikan yang pernah dan selalu saya buat. Biasanya bila nak masak sup tulang, minyak akan keluar dan bercampur sekali dengan sup yang kita masak. Nak hirup sup tu pun tidak lalu kan.


sup tulang resepi sendiri.


Ini petua yang emak saya selalu pesan kepada saya. 
Pertama sekali kalau nak masak sup, cuci bersih tulang yang akan dimasak.
Biasanya kita akan masukkan minyak untuk menumis bawang kan. Untuk masak sup tulang yang kurang berminyak, jangan masukkan minyak untuk menumis. Didihkan air tanpa menumis bawang terlebih dahulu. Saya syorkan untuk menggunakan bawang goreng yang sudah digoreng terlebih dahulu. Boleh juga guna bawang goreng yang sudah siap dalam paket yang biasanya ada dijual di kedai-kedai serbaguna.


Bawang goreng 

Sukatan untuk 1 hidangan campurkan 2 sudu makan bawang goreng.

Cubalah petua ini. Sup tulang yang anda masak dijamin tidak berminyak. Untuk menambahkan aroma dan kesedapan, masukkan hirisan batang saderi. Ala yang geng wonderpet suka makan tu..kartun wonderpet yang selalu bersiaran di channel 109 tu.

Saderi pelbagai khasiat.


Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay