Pages

Wednesday, November 7, 2012

Petua dapur 1

Petua hari ini saya dapat dari makcik yang sangat murah hati dan murah senyuman. Makcik kantin yang bekerja di bahagian kantin sekolah ketika saya masih di bangku sekolah menengah.

Kata makcik tu, peti sejuk yang berbau hanyir atau hapak boleh ditawar dengan menggunakan kapas dan air mawar.
Siapa-siapa yang pernah guna bedak sejuk tu mesti tahu tentang air mawar.


Air mawar tu saja yang diguna, bengkoang masker tu hanya untuk promosi.
Jangan salah ye.


Letakkan kapas dalam piring dan tuang ke dalamnya air mawar dan tukar setiap hari. Kalau malas tuang hari-hari, tiap tiga hari pun boleh.

Petua dari emak saya pula, letakkan arang kayu dalam peti sejuk. Arang yang untuk memanggang tu. Letakkan atas kertas atau apa-apa yang sesuai supaya peti sejuk tidak berbekas dengan arang tadi.


Arang kayu buatan kilang.

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay