Pages

Monday, December 3, 2012

Kisah ajaib

Salam ceria.
Pernahkah anda mengalami kisah ajaib. Kisah ajaib yang kita tidak pernah terfikir akan berlaku ke atas kita. Tidak terjangka pun. Pernah tak? Saya memang seringkali mengalami kisah ajaib. Bagusnya mengalami kisah ajaib ni, kita terbiasa untuk berfikir lebih matang kerana sesetengah kisah yang kita alami membuka mata kita dan mampu membuka minda kita. Bukan setakat membuka mata tapi ianya membuat kita lebih berfikir terbuka kerana dalam kisah itu terkandung banyak hikmah yang tersembunyi.

Kisah ajaib yang saya alami berlaku kira-kira 20 tahun dahulu.  Kisah ini berlaku di kampung. Sudah menjadi kebiasaan setiap cuti sekolah, kami cucu-cucu nenek akan mengikut nenek masuk hutan untuk mencari kayu. Kayu itu akan dijadikan kayu api untuk nenek memasak kacang. Pernah masak kacang dalam kawah yang sangat besar? Kawah yang biasanya digunakan untuk memasak lauk bila adanya sesuatu majlis keramaian di sesebuah kampung itu. Ala yang macam dekat televisyen tu, yang orang ramai-ramai masak dalam kawah tu. Cuma nenek menggunakan kawah besar untuk memasak kacang tanah.

Kembali kepada kisah yang saya alami. Tengah sibuk-sibuk nenek memotong kayu yang akan dibawa balik ke rumah, kami pula asyik sibuk memanjat pokok kelapa yang berdekatan. Tengah sibuk-sibuk tu, seekor lebah sempat menyengat lengan saya. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Memang dalam bayangan saya, bengkak habislah lengan saya keesokan harinya. Cuma saya masih teringat masa saya disengat tu, nenek cepat-cepat menyuruh saya minum air kelapa banyak-banyak. Kata nenek minum banyak-banyak hingga rasa nak buang air kecil. Lepas tu cepat-cepat pergi buang air kecil, gesanya lagi. Selepas selesai membuang tu, memang rasa lega sangat. Lengan saya yang disengat pun tidak jadi bengkak. Luar biasa ajaib kan.
Kelapa muda 


Ha inilah petua orang tua-tua di kampung saya. Kalau disengat lebah atau binatang berbisa, ubatnya hanya kena minum air kelapa banyak-banyak. Banyak-banyak minum hingga rasa nak terkencing. 
Kisah ajaib yang menjadi kenangan indah kepada saya. Kisah ajaib yang membuat saya sentiasa berfikir dan saya anggap sebagai salah satu kekuasaan dan keajaiban Allah. Dan saya faham bahawa hidup ini penuh dengan keajaiban untuk membuka minda bahawasanya keajaiban Tuhan ada di mana-mana. Terkadang keajaiban dan kekuasaan Tuhan itulah yang menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat yang ada di sekeliling kita.


Syukuri nikmat yang ada kerana boleh jadi nikmat itu hanya sekali kita nikmati dan boleh jadi juga nikmat itu sebagai dugaan dari Tuhan untuk menaikkan martabat kita disisi Tuhan.


      

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay