Pages

Tuesday, December 11, 2012

Paling diingati

Cuba kenangkan kembali saat-saat pertama atau bahasa ringkasnya kali pertama dalam sesuatu perkara yang kita pernah alami dan kekal dalam ingatan kita. Biasanya peristiwa yang paling diingati oleh kaum perempuan ialah kali pertama mengalami proses melahirkan anak atau mengalami keguguran. Walaupun proses ini adalah proses semulajadi tapi ini jugalah saat ingatan pada peristiwa kita yang paling kita ingati.

Bagi kaum lelaki pula ialah saat pertama merasai sakit gigi. Banyak-banyak sakit, saat merasai sakit gigi yang akan paling diingati oleh mereka.

Rupanya minda kita akan menyimpan kenangan atau sesuatu peristiwa itu lebih lama kerana minda kita menyimpan sesuatu peristiwa itu secara paksa. Gambaran pada peristiwa yang menyakitkan itu tidak mahu kita ingati tapi itu jugalah yang sukar kita lupakan kerana peristiwa itu pernah membuatkan kita rasa sangat sakit. Kajian pakar-pakar otak mengatakan bahawa daya ingatan adalah fenomena biologi yang berkait rapat dengan pancaindera penglihatan, bau, kinestesi dan sebagainya. Manakala kajian terakhir menunjukkan daya ingatan dimulai dengan persepsi dan pengalaman.




Walaubagaimanapun, semuanya yang berlaku kepada kita merupakan izin dari Tuhan. Walau sekuat mana hati kita menolak akan sesuatu peristiwa yang kita tidak ingini, tidak kita hajati dan angan-angankan tapi jika sesuatu itu sudah tertulis untuk kita pasti akan kita merasai peristiwa atau kesakitan itu.

Bagi saya semuanya ada hikmah di sebalik yang berlaku kepada kita. Hanya Tuhanlah yang Maha Mengetahui akan sesuatu kejadian.

Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-NYA. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal.
                                      ~ Al-Baqarah, ayat 269 ~




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay