Pages

Wednesday, January 2, 2013

Bagaimana saya mengenali CDI ?


Salam bahagia.
Saya terkenang kembali bagaimana saya mula mengenali CDI.
Masih dalam ingatan saya, hari itu saya memenuhi jemputan kenduri di rumah jiran. Jiran sayalah yang memperkenalkan kepada saya, cuma penerangan jiran saya masa tu tidak secara menyeluruh. Dia hanya kata creative dreams dan modal yang dikeluarkan hanya sekali untuk seumur hidup. Saya teruja ingin tahu. Sehinggalah dia ada menyebut satu nama. Katanya satu-satunya orang yang berasal dari Ranau yang telah mencapai RM15 ribu sebulan. Bertambah-tambahlah keterujaan saya ingin tahu, sebabnya saya juga berasal dari Ranau.  Dengan penuh semangat jiran saya menyebut nama Suzelah. Belum sempat dia melanjutkan siapa nama ayahnya, secara automatik saya terpacul nama ayahnya. Maka..detik itulah terungkai segala perilaku Suzelah selaku Duta CDI dan segala-gala kredibiliti yang dimilikinya yang sangat menginspirasikan telah sampai ke pengetahuan saya. Bukan mengata. Jangan salah faham ya. Saya memang kenal benar dengan Suzelah sebab dia merangkap adik angkat saya, kata saya. Panjang juga kami bersembang tentang adik angkat saya itu, walaupun sememangnya saya sudah mengenalinya sebelum ini, seangkatan dalam persatuan ST.John Ambulance di Sekolah Menengah dan sama-sama melakar kenangan di Asrama Puteri ( Aspuri ) di Sekolah Mat Salleh, Ranau. Sesuatu kebetulan yang telah ditentukan. Sangat-sangat kebetulan yang luar biasa.

Begitulah detik permulaan saya mendengar mengenai CDI. 
Sampai disini dulu hari ini. Halaman seterusnya saya akan berkongsi pula bagaimana saya dikunjungi sendiri oleh Duta CDI. Kunjungan yang sangat-sangat memberi manfaat kepada saya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay