Pages

Wednesday, January 9, 2013

Cetusan perubahan


Salam bertemu lagi lewat catatan blog.
Semoga semuanya disinari nur ketenangan dari Illahi. Proses penyampaian kata-kata ilmu yang berunsurkan motivasi patut dibuat dalam suasana menghiburkan dan lebih kreatif. Inilah yang saya cuba aplikasikan dalam blog ini. Semoga ianya boleh diterima dan bermanfaat kepada semua golongan. Amiiin.



Kehidupan saya dulu sama juga macam orang lain. Sebelum bertemu jodoh, saya pernah bekerja partime di Restoran Sri Sempelang Berhad ( RSSB ). Waktu malam saya bekerja di Restoran tu, siangnya saya ambil Pengajian Program Jarak Jauh. Sangat-sangat penatlah masa tu. Tapi kena kuatkan hati untuk membina hidup lebih baik kan. Orang lain boleh, kenapa saya tidak? Hidup ini satu perjuangan. Anda setuju? 




Dengan staff yang menceriakan suasana. Sengaja ambik gambar berlatarbelakangkan tag 'A' tu..Tahap kebersihan yang memuaskan maksudnya tu..


Apa azam kita hari ini? Azam lepas belum tercapai tapi ada pula azam baru. Selalunya begitulah kata hati kita. Keupayaan kita untuk merubah hari depan dicetuskan dari azam kita sendiri dan azam itu pula kita sering hadapkan di hadapan Yang Maha Esa. Tercapainya perubahan yang kita inginkan bermula dari satu langkah dalam perancangan rapi yang selama ini kita rancangkan.  Saya kongsikan surah Ar-Raad ayat 11. 





Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.



Suatu ketika dulu kita mungkin sangat daif, sering dicemuh dalam apa juga yang kita ingin lakukan. Mungkin juga pernah mengalami situasi di mana kita ingin lakukan sesuatu tapi kerana tiada sokongan moral dan kesempitan wang kita menunda saja hajat tu. Sampai bila hajat itu bersarang di hati kita? Bulan depan, tahun depan atau biarkanlah sampai tiba masa yang sesuai. Agak-agak bila masa yang sesuai itu? 

Usah terpedaya dengan kata-kata mereka yang cuba menghalangi langkah perubahan kita. Kadang-kadang ada yang akan kata, itu 'bukan bidang awak', 'Eh, susah tau tu'...'kena banyak baca bukulah'...'eh,jauh tu'...dan banyak lagilah. Sebenarnya itulah cabaran kita hari ini. Kadang-kadang keupayaan kita melebihi apa yang kita jangkakan. Cuba buat dulu, baru tahu kita mampu atau tidak. Usah terpengaruh sangat dengan kata-kata berunsurkan halangan.



Hari ini mari kita lebihkan soalan ' Bagaimana? ' pada setiap masalah yang cuba menghalangi azam yang kita telah targetkan untuk kita capai hari ini. Kurangkan soalan ' siapa? ', apatahlagi soalan ' kenapa? ' dan kenyataan 'Kalaulah..'. Saya bukanlah seorang yang cukup sempurna menangani setiap permasalahan hidup, cuma sekadar memberi perkongsian rasa semangat dan beberapa inisiatif berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay