Pages

Saturday, January 5, 2013

Potensi merealisasikan impian.

Salam bahagia.
Bertemu lagi kita di halaman ini.
Apa khabar hari ini ? Jawablah dengan penuh semangat. Semoga kita semua sentiasa bersemangat dengan penuh keazaman bagi meneruskan tugasan harian yang kita galas hari ini.

Mari menelusuri semangat juang saya dalam CDI sambil halwa telinga anda ditemani lagu semangat yang baru saya upload hari ini. Lagu ini benar-benar membantu saya mencetus semangat yang luar biasa dari lubuk jiwa saya untuk dikongsikan kepada anda semua.


Inilah senarai impian-impian saya. Anda bagaimana ?
Apa impian-impian anda yang selama ini terpendam di hati ? Jawablah dengan ikhlas.





Semangat mantap dan berterusan untuk melakukan sesuatu itu lahir dari dalam. Seumpama minum air. Kita maklum 70-80 peratus kandungan dalam badan ialah air. Jadi kita faham air itulah yang sangat-sangat penting dalam membantu tubuh badan lebih sihat agar tubuh mampu berfungsi lebih baik. Usaha untuk minum air secukupnya tidak boleh dilakukan orang lain kepada kita. Tiada orang lain akan membantu kita menuang air dalam mulut kita kecuali ketika kita dalam kondisi kurang sihat. Kita kena usaha sendiri untuk memenuhi keperluan tubuh kita. Begitu juga halnya dengan keperluan-keperluan kita. Tidak akan ada seorang pun yang sanggup dan mahu memenuhi keperluan-keperluan kita dalam kehidupan. Kitalah sendiri yang perlu lakukan untuk mencapai kepuasan dalam kehidupan. Kepuasan menikmati kehidupan. 

6 comments:

  1. ayat last tu bagi semangat kita..
    kena usaha utk capai kepuasan hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Smoga semuanya mampu mencapai smua yg telah diusahakan...amiiin.

      Delete
  2. hidup perlu sentiasa bersemangat dan harus punya hala tuju agar tidak tersasar dari landasan yang diredhai Allah swt :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay