Pages

Saturday, December 8, 2012

Pelajaran pertama


Salam bertemu lagi.
Harap semuanya baik-baik dan bahagia hendaknya.
Teringat saya tentang kerenah anak sulung saya ketika dia berumur 3 tahun pertama. Permainan pertama dan juga merupakan pelajaran pertama anak saya ialah batang ais krim. 



Batang ais krim berwarna


Terasa lucu bila anak saya akan mencantumkan batang-batang ais krim ini untuk membentuk huruf-huruf abjad. Tidak cukup dengan batang ais krim yang ada, dia akan beralih kepada jarinya yang mungkil. Pelbagai bentuk yang akan diunjukkan kepada saya dengan menggunakan jari-jarinya yang comel. Kerenah terindah yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.



Bentuk abjad 'W'

Bentuk abjad 'A'

Bentuk abjad ' L '

Bentuk abjad ' I '


Bila dicantum semua huruf yang dibentuk oleh anak saya dalam gembar diatas, perkataan yang terhasil ialah 'WALI'. Anda perasan? Inilah penangan nyanyian kumpulan Wali Band kepada anak saya seawal usianya.


Saya masukkan gambar-gambar anak saya ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk rasa berbangga. Saya hanya berkongsi kisah anak saya bagi mengenang kembali bagaimana indahnya perasaan sangat teruja melihat perkembangan anak memahami pelajaran pertamanya. Saya teruja berkongsi kenangan ini kerana itulah saatnya saya termotivasi untuk memanfaatkan segala idea dan cara untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Apapun boleh digunakan asalkan kita tahu dan mahu memanfaatkannya. Anda setuju?

Sebaik-baik pendidik adalah wanita yang baik dari segi tingkahlakunya dan elok pegangan agamanya.
                                                       - Imam Al-Ghazali -





5 comments:

  1. baguslah pembelajaran n pendedahan awal macamni utk anak2...tak mmbosankan ank2 n cpt menguasai..syabas!
    comey anak mell, mcm ank sulung bunda masa kcl dulu, terutama rambut beatles nyer tu sejibik abg long..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambut lurus cmni cantek klu d beatelskan..tp ank llaki ke3 bunda rambut krinting mcm hafis..afro look ok lah..pacak cm xkene jer..

      Delete
    2. Betul tu kak, bentuk kepala anak2 ni berbeza. Anak saya yg ke2 pun cmtu jg..bentuk kepalanya lain sangat dari bentuk kepala abangnya. Bila fikir balik, memang Maha Hebatnya ciptaan Tuhan. Biar tak sama ciptaan-Nya tapi membuka mata saya melihat hakikat ciptaan-Nya yang tiada bandingan. Masyaa-Allah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi memberi komen.
Sudi datang dan komen banyak-banyak untuk membolehkan saya menaiktaraf kualiti blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mockingjay